RSS Feed

Thursday 30 December 2010

Meroyan pada skala 5

hye uols! im back from the holidays! rindu sangat nak meroyan untuk uols semua! tapi disebabkan i dalam mood happy holidays tapi masih ada isu2 berbangkit yang memang harus menyebabkan i terpaksa meroyan, i tajukkan royanan i kali pada skala 5 out of 10. ala2 meroyan bukan dalam erti kata royanan yang sebenarnya yang perlukan tuntutan emosi dan konsentrasi yang meyakinkan, occay! first2 i nak meroyan sebab follower blog ni baru ada 11?? i mean, WADEHEK? uols nak suruh kitaorang meroyan bagai nak rak, tapi yang gigih follow pun 11 orang?? sedangkan khairul fahmi che mat yang tak meroyan tu pun boleh ada
115,474 people like this
WADEHEK?? kat blog ni ada function Like tak? kazama-kun, tolong update. no. 2, i nak meroyan fasal kazama-kun. semalam ada post fasal rerakan tu. tiba2 hari ni dah delete. WADEHEK? i dapat baca gitu2 je sebab rushing nak shopping semalam. pagi ni i nak menghayati semula pembacaan itu sambil makan samosa dan kopi panas, post tu dah hilang! i baru berangan nak sentap baca post tu. nak tacing2. tiba2 dah delete. WADEHEK?? no. 3, kenapa la malaysia menang suzuka cup tu?? i dah rancang nak settlekan kerja2 i sampai jumaat ni. tiba2 cuti umum! WADEHEK?? menang cawan je. bukan piala dunia. bukan malaysia menang perang pun. i terpaksa bertungkus-lumus siapkan kerja2 esok hari ni! berapa banyak hari malaysia ni nak cuti? macamana negara nak naik? even 2-3 orang kat opis ni cuti pun dah banyak kerja hanging, ni kan 1 opis cuti! WADEHEK?? tapi takpe. malam ni i boleh keluar shopping lagi. boleh lepak2 sambil gossip2 dengan bffs, kannnnnnnnnnn. semalam tak puas lagi even dah lepak sampai pukul 1. so malam ni i nak lepak sampai pukul 1.30. hikhik

Sunday 19 December 2010

Hati yang berkecai bagaikan kelopak bunga mawar yang bertaburan atas tanah

So here we goes.
Saya perhatikan kita nih kalau nak mempromosi sesuatu, kita lebih suka memburukkan benda lain yang jadi sokongan. Contoh: kalau dalam politik, kita lebih suka untuk hantam pihak lawan cukup-cukup tapi kurang mempromosikan kemampuan diri. Korek segala cerita aib untuk jatuhkan orang.
Kalau jual laksa, tudung kedai hujung kampung yang jual laksa tu bubuh tisu dalam kuah. Kalau jual roti canai, tuduh kedai mamak kat tepi jalan bubuh spender dalam periuk.
Meroyan:ON

Saya terbaca promosi untuk dengan perempuan maghribi. Saya takleh kesah sangat bila jantan2 tanpa mengira bujang atau laki orang kat Malaysia ni ramai berminat kat pompuan Maghribi. Yang buat saya sedikit kecik hati eventhough mungkin ada kebenarannya adalah ini..

Kesimpulan berdasarkan pembacaan saya: Kata mereka perempuan Melayu

1 - Mulut kurang ajar.
Sayang, betulkah ramai pompuan mulut kurang ajar? Mulut I celupar hanya bila orang kurang ajar dengan I. Kebanyakan kes pompuan mulut macam longkang adalah disebabkan oleh lelaki treat kami macam sampah sarap. Oh well, I pernah saksikan wanita lazer berjaya dididik suami menjadi perempuan yang bertutur sopan. See? not an impossible task to help people to improve.


2 - Selekeh dan tak pandai jaga penampilan diri.
Nak tanya satu jer. Korang tu pandai sangat ke jaga penampilan diri? Selekeh macamana lah pompuan Melayu ni? Hehari pegi kandang kambing then pegi deting bau kambing ke? Ekplen plisssssssssssss. Kalau mekap tak tebal 5 inci korang kata tak pandai jaga penampilan, sila ke China dan kawin ngan amoi opera.

3 - Nak berdikari. Takmau berenti kerja jadi surirumah.
This. Sepatutnya korang jadi bangga. Korang tau tak kenapa ramai pompuan nak kerja? SEBAB NAK BANTU MAK AYAH ADIK BERADIK. DAN BANTU SUAMI JUGAK. Kalau tak kerja, solely duit belanja datang dari korang. Macamana nak bantu mak ayah, adik beradik. Macamana nak beli alat mekap? Kalau gaji macam adik beradik family si NAZA tu takpelah kalau korang feeling-feeling nak bini dok terperap kat umah jaga anak. Nih...isk. Kang korang jugak yang cebik kalau mintak duit beli mekap. Pastu komplen selekeh dan tak pandai jaga penampilan diri.

4 - Queen control.
Hahahahahhaahhahahahahahahahahahahha. Ye ke pompuan Melayu queen control? Kenapa korang merelakan diri untuk dicontrol? Cuba lagi yer bang...menjantankan diri. Hakikatnya kan..korang ni senang sangat terintimidated. Takleh pompuan ada buah pikiran sendiri.

5 - Tak pandai masak.
WTF. Seriesly WTF. Camnilah. Apa salahnya belajar masak sama-sama? Kenapalah gigih sangat menjadikan isu masak nih besar sgt? Housemate ai dulu pasangan tunang. Pompuan tu tak pandai masak. So, tetiap hari waktu dinner yang perempuan ditugaskan memasak utk tunang dia. Breakfast and lunch yang lelaki pulak yang masak. See? Itulah jantan sejati. Give and take. Gigih ajor tunang dia masak. Dah selamat kawin pon..

6 - Kuat membebel.
Sayang, kami membebel sebab sayang. Sungguh. Sebab kalau kami tak bebel, tanda kami tak kesah. Pandai-pandailah yer handle bini kalau takmo bini bebel. Sila peka apa isi penting bebelan. Kalau dia bebel tuala tak sidai elok-elok, silalah sidai elok-elok. Kalau dia bebel sebab tak belikan sofa baru, blah je keluar gi kedai mamak tengok bola.

7 - Belanja kawin mahal.
The one and only point that I can agree on. Dah penat meroyan dah pasal nih.

The thing is tuan tuan dan puan puan, kalau nak promosi gadis lombok, maghribi, papua new guinea, zimbabwe, silakan. Tapi pleaselah jangan hina perempuan Melayu.
Macam saya gila kan Jay Park, saya tak pernah compare dia ngan lelaki melayu..hehe.

In the end, yang buat saya hampir menangis bila terbaca:

"pompuan maghribi ni takkan cari pasal dengan kita sebab dia kat sini sensorang, jauh dari family. So dia akan ikut je kita cakap apa."

Seriesly guys, just buy a dog instead. Matlamat korang kawin apa? Pikir baik-baik.

I HATE MALE-DOMINATING SOCIETY!

Saturday 18 December 2010

Alternatif

Ini bukan royanan. Kerana kalau royanan, punya emosi yang sedikit over. Definisi aku. Definisi Dee dan Evilly mungkin lain.

Ini sekadar terfikir di minda.

Istighfar juga bila melihat seorang kawan meletakkan video Youtube berkaitan 'seksualiti merdeka'. Sempat klik dan lihat dan sempat juga melihat komen-komen dari penonton Youtube yang lain. Malang jugalah bila Melayu Islam buat kenyataan berdepan begitu. Aku tidaklah pula mencari-cari blog orang lain dan baca reaksi mereka, cuma aku kira pasti ramai yang akan membara.

Aku terfikir akan hal yang lebih kurang begini beberapa hari yang lalu. Oh, sebenarnya taklah berkaitan sangat. Tiba-tiba teringat fasal Hari Valentine dan juga Halloween yang tidak boleh disambut oleh umat Islam.

Bercakap fasal Hari Valentine, aku terfikir akan sebab kenapa anak muda Islam Malaysia ada yang menyambut. Kerana dari kaca media, ia merupakan hari kasih sayang. Aku tidak begitu arif untuk terangkan kenapa tidak boleh menyambut Hari Valentine, tapi dek kerana ada kaitan dengan kepercayaan agama lain, maka itu sebab menghalang.

Cuma aku terfikir, dalam sebuah negara yang punya ramai umat Islam, kenapa kita tidak bina satu hari alternatif untuk 'hari kasih sayang'. Dan kalau kita mahu bina konsep yang Islamik, kita boleh saja definisikan lagi sebagai hari appresiasi antara suami dan isteri, hari untuk kita alu-alukan orang bertunang dan sebagainya. Kita punya hari ibu yang memang disambut agak meriah juga. Buat sahaja 20 Februari sebagai hari kasih sayang dan jaja di seluruh negara.

Teringat Dr Fadzilah Kamsah dalam motivasi paginya entah berapa lama dahulu. Dia tidak bercakap tentang hal ini. Dia bercakap dalam mendidik kanak-kanak, jangan sekadar berkata 'jangan' terhadap sesuatu; perlu juga beri mereka alternatif. Jangan main pisau! Maka hendak suruh mereka buat apa? Jangan main game; maka hendak suruh mereka buat apa?

Aku tegaskan di sini yang aku tidak menyokong 'seksualiti merdeka'. Sekadar mahu bertanya pada diri sendiri dan kamu, 'jangan jadi gay!' maka hendak suruh mereka buat apa? Aku punya jawapan aku sendiri. Kamu punya jawapan kamu sendiri. Tapi adakah atas dasar itu yang kita hidup dalam masyarakat kita.

Beralih kepada benda yang lain sedikit. Hubungan lelaki dan wanita. Kalau bersenggama sebelum nikah; tetap juga haram. Tapi dengar-dengar dari media, seperti makin menjadi-jadi.

Maka jangan buat seks sebelum kahwin! Apa alternatifnya?

Ya, jawapan kita sama - kahwin.

Tapi beritahu sedikit betapa susah mahu kahwin di Malaysia. Usah cakap orang-orang yang belum ada sesiapa. Tapi mereka-mereka yang sudah gatal mahu kahwin. Suruh tunggu dahulu sampai duit ada supaya kahwin boleh gah. Suruh habiskan dahulu pelajaran di universiti. Suruh ini dan itu supaya jiran-jiran sekampung tidak kata - anak si dia gatal hendak kahwin muda. Aku juga bersalah dalam ayat ketiga perenggan ini kerana guna istilah 'mereka-mereka yang sudah gatal'. Orang mahu mendirikan rumah tangga, kenapa perlu beri konotasi negatif?

Dalam hal-hal sebegini pun masyarakat kita memberatkan lagi. Jangan! Itu yang selalu dikata.


Maka kembali pada 'seksualiti merdeka', dan aku ulang yang aku tidak menyokong tindakan mereka. Cuma kalaulah blog yang kerdil ini ada yang membaca; dalam ketidakpuashatian kita pada mereka, kalau benar kita tidak setuju, mahu atau tidak kita bimbing mereka ke jalan yang benar? Kerana kalau dikata jangan, dalam mereka tidak punya tempat lain untuk dituju; itulah sebabnya tercampak mahu 'seksualiti merdeka'.

Isu aku hari ini bukan seksualiti merdeka. Tapi tidak puas hati pada masyarakat kita.

Yang halal disusahkan. Yang mahu kahwin, diberatkan. Yang tidak mahu kahwin lagi, didesak-desak sampai rasa sakit jiwa. Kalau diri itu sudah rasa bahagia; tu; pergi bantu orang-orang lain yang memerlukan. Dok menyibuk hal-hal orang lain yang tak perlu bantuan; tu yang kerja lain tak jadi tu!

(Perenggan terakhir ialah royanan, harap maklum)

Oh, ini menambah selepas dah post. Tetiba teringat contoh lain dalam konsep masyarakat kita yang menyusahkan. Misal pertama ialah penceraian. Dah kadangkala ada kes-kes suami itu tidak bertanggungjawab, yang kalau ikut sepatutnya boleh minta fasakh pun; masih lagi masyarakat kita suruh hold on. Katanya untuk anak-anak. Haish!

Lagi satu poligami. Tak kisah nih suami ada skandal. Janji tak poligami.

Hm... ada ke sesapa nak buat reformasi pemikiran secara nasional fasal bebenda nih?

Sila meroyan di bawah kalau tidak bersetuju. Sangat dialu-alukan.

Tuesday 14 December 2010

In my heels

uols ni kan, selalu desak i meroyan! tapi tade la nak ikut syarat i tu nak 20 comments. uols nak i ikut cakap uols je kan? uols tak pikir ke hati dan perasaan i? uols tak pikir ke i bersusahpayah buka blog ni tiap2 hari untuk cek comments tu dah sampai 20 ke belum? uols tak pernah rasa ke macam mana perasaan tak dicomment di FB atau post di blog? cuba uols letakkan kaki uols ke dalam heels i. vincci occay. kaler hijau lumut. cuba. rasakan kulit tulen itu melekap mengikut bentuk kaki uols dengan saiz yang sepadan. heels kasut tu menaikkan darjah punggung uols dan memberikan posture perempuan sejati. jalan dengan langkah yang yakin. catwalk jika uols rasa uols layak jadi model. i biasa je. dah biasa sangat. uols jalan dengan heels tu, dengan gaya, dengan sexy. tapi tade orang tengok uols pun. bayangkan. macam tu la yang i rasa occay! tapi i sabar sangat. i terus melangkah ke depan. i akan terus dan tetap meroyan. i tahu sangat. walau pun i rasa macam tade orang tengok, ada yang stalk i kan. curi2 tengok i kan. i reda je la. tapi i akan meningkatkan kualiti royanan i. uols jangan risau. so untuk post ni, i kasi ilmiah sikit.

uols boleh rujuk kat link ni.

Lagi status Facebook

Yang komer duk suke page 'Please close down page *************' buat aper? Ater komer suker page macam tu, keluar dekat Newsfeed, teman duk melabun dalam hati teman nih ayat ********* tu.

Acekeme klik ajer report page. Senang ceghite.

Sunday 12 December 2010

RIMAS

I just dont get it. Kenapa ada lelaki yang suka sangat cerita hal dalam kain pada orang yang dia tak kenal pon? Bukan betul-betul dalam kain yer. Maksud saya hal-hal personal. I can accept kalau cerita pada kawan rapat. Saya boleh terima juga kalau just nak pandangan terhadap sesuatu isu - maka menyoal untuk lebih memahami wanita. Contoh soalan saya suka adalah berkisar PMS atau menopos atau senggugut atau pandangan wanita terhadap lelaki.
Tapi kalau setiap detik dan saat nak report apa yang berlaku antara si teruna dengan si awek , saya jadik mcm sentap. Bila masa saya iklankan saya lancarkan perkhidmatan kaunseling cinta secara percuma? Ok, fine. Mebi saya silap sebab mula-mula bila dia tanya saya bagi pandangan. Suppose buat bodoh dari awal-awal. Skang ni padan muka sendiri bila orang asik sms/ym tanya apa nak kena buat. Halooooooooooooooo, geram betul ngan jantan-jantan yang pandai menggatal je tapi tak pandai nak solve issue dengan bijak.

WE ARE NOT EVEN CLOSE. Nasihat secara surface dah makan diri saya sendiri. Nanti dah kawin habis jaja cerita dalam kelambu kat orang. Honestly, lelaki mcm nih la yang menyeramkan. I am sick of lelaki yang baru baik ngan pompuan pastu mula cakap dia kurang kasih sayang segala. Konon bini busy, tak mempedulikan dirinya dan menyebabkan dia kekurangan kasih sayang. Girlfriend tak memahami menyebabkan dia tertekan dan tak boleh study.

I have a friend. Lelaki tulen. Banyak dugaan dalam bercinta. Tapi tak pernah sekali pon dia mengadu atau komplen teruk. TAK PERNAH. Dia telan sendiri. Walau saya tunggu juga dia hamburkan semua. Saya bukanla kepochi sangat (hehe), tapi saya nak dia luah semata-mata nak dia rasa lega..hehe. Tapi tak pernah sekali pun. Dia diam jer. Saya boleh je fikir negatif: dia tak percayakan saya untuk berkongsi cerita2 private camnih...walau dah kawan hampir 10 tahun. Hakikatnya dia ni jenis tak suka kepochi tarik perhatian dan tak suka mengompat orang.

Saya lebih suka orang yang meroyan dan mengadu berkala dari SETIAP JAM KOMPLEN PASAL AWEK - KONON AWEK TAK MEMAHAMI.

LAIN KALI SEBELUM KAPEL, PIKIR DULU MASAK-MASAK. HANG YANG BAGI HARAPAN KAT POMPUAN TU SKANG NAK DITCH DIA SEBAB HANG RIMAS DAN HANG RASA DIA TAK MEMAHAMI?
HANG KATA AKU MEMAHAMI??? TAK!!!! AKU PEPURA JA BAIIIIII... AKU PON NAK DITCH HANG SEBAB AKU RIMAS DAN AKU DAH TAK PAHAMMMMMMMMMMMMMMM.

I dont give a damn lah sebenarnya. Mampuslah nak kapel ngan batang pokok sekalipon. Just go away from my life. And dont ever come back.

Lapar

Lapar.
Tapi rasa malas hendak bangun.
Rasa malas hendak cari makanan.
Rasa hendak duduk menghadap komputer dan harap-harap lapar itu hilang.
Ini tandanya otak tidak tenteram.

To Evilly: SUDEHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!

Friday 10 December 2010

Meroyan lagu

So if you just hold my hand
Baby I promise that I'll do all I can
Things will get better if you just hold my hand
Nothing can come in between us if you just hold my hand.


I just love my friends. Lagu MJ and Akon ni dari mula sampai habis buat saya sebak sangat. Terus muka sorang-sorang menerjah dalam minda. Besides family, kekuatan saya adalah dari kawan-kawan. Especially yang kuat meroyan. Meroyan berjamaah adalah sangat best! Sangat sedih bila pikir semua tercampak jauh tapi dengan teknologi yang ada semua boleh meroyan di alam maya. I just dont know when we can meet again. Sangat sedih :(

-------------------------

What if I dive off the edge of my life
And there's nothing beneath
What if I live
Like there's nothing to lose
Just to die on my knees
--
I'm here
My hands are cold
My heart is racing
Yeah, and
The only fear is fear I'm failing


Seriously,saya kena kurangkan berfikir.Kadang-kadang rasa nak pinjam otak lelaki sekejap.Depa nih tak banyak pikir cam pompuan.Tapi saya hanya nak pinjam otak yang bersih suci murni seperti minyak masak dengan pemeringkatan 2 kali.keke

Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!

eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee! i nak meroyan sebab post i mesti kurang sangat kena comment! mesti post kazama or dee je yang kena comment banyak2. eeeeeeeeeeeeeeeeeeee! uols semua pilih kasih! selalu meminggirkan i! i tacing sangat!

occay. fine. i merajuk. i tanak post lagi.

sekian. babai.

ni last post i.

melainkan i dapat 20 comments.

Thursday 9 December 2010

Gadis

Hari ini I nak meroyan macam Evilly.

I tengok tv tadi dengan housemate I. Cerita Apprentice. Episod yang lama-lama punya. Jangan spoilkan siapa-siapa yang kena fire. Jangan spoilkan apa-apa pun cerita kat I, I tak suka.

Lepas tu kan, lepas tu kan; ada satu task ni kan, diorang kena pergi jual roti dekat kedai-kedai. Lepas tu kan; tiba-tiba ada gadis kaunter kat kedai tu yang mukanya betul-betul macam first crush I. I nak meroyan, you all! Sebab I tak dapat first crush I kan, tapi gadis kaunter tu kan, just 3 jam jer dari I kalau I naik train. I nak pergi cari dia! Nak buat replacement sebab tak dapat first crush I. Nak redah satu kedai yang jual roti ke kedai jual roti lain sebab nak cari dia.

I tunjuk gambar first crush I (yang I dah add dia kat Facebook) dekat housemate I. Dia pun cakap sama, occay. Hmm... sedih. Luka lama I berdarah kembali.

Sob sob.

****

Kembali kepada kesedaran Kazama-kun. MOTIP MENGGEDIK???!!!!!!!

Wednesday 8 December 2010

Tergugat!

i nak meroyan sebab dee dengan kazama meroyan dengan sangat ilmiah, occay! eeeeeeeeeee! rasa macam royanan i sangat dangkal dan tak berinformasi! mencik! rasa macam i ni bimbo la! mencik mencik mencik! eeeeeeeeeeeeeeeeeeeee! boleh tak uols meroyan tahap besa2 je? meroyan masalah negara (contoh: korea), masyarakat (contoh: asian vs omputih) dan abstrak (contoh: konsep bestfren dan metafora lahar bagai) sangat intimidating bagi i. i rasa sangat overwhelmed! i rasa kerdil sangat kalau dibandingkan dengan uols. eeeeeeeeeeeeee! i rasa tacing! Tacing sangat occay! i tercabar dengan ilmu i yang tak seberapa dalam bidang fashion, style, arkeologi, motivasi, psikologi, pengurusan sumber manusia, pemakanan seimbang, geografi, bahasa, hiburan luar negara, ilmu menggubah hantaran, muzik, menyanyi lagu2 bernada tinggi, cryptology, paranormal dan beberapa disiplin ilmu yang tak dapat dinyatakan di sini.

i rasa tergugat! tergugat sangat, occay! hmmph!

p.s: dee, u ada links for korean yang ada six pack? i nak tambah ilmu pengetahuan dan meluaskan pemandangan i. hikhik

Hormat

Kalau kita mahu dihormat, mahu nama bangsa kita tidak dipermainkan, jaga-jaga juga bahasa.

Bila kita berada di tempat yang bangsa kita majoriti, memang kita terasa biasa. Aku sudah pernah berada di tempat yang akulah minoriti. Kadangkala terguris juga bila ada kata-kata yang sedikit pedas. Kadang-kadang mereka itu berjenaka, tetapi dalam ruang aku ini dari budaya yang berbeza, aku mudah juga terasa.

Cuma mujur mata ini tidak bisa melihat diri sendiri ketika berjalan (kecuali kalau ada cermin di shopping complex), maka dalam ribuan orang yang aku lalu, terlupa pula yang aku ini tidak sama dengan mereka.

Tentu mahu saja aku duduk-duduk bersama. Tetapi kadang-kadang aku membisu. Walau bercakap bahasa yang sama, namun 'bahasa' itu tidak sama.

Aku mahu juga diberi peluang yang sama, tetapi dalam kesedaran yang aku dari budaya yang berbeza.

Itu aku, bila aku dicampak rela ke tempat di mana aku kaum minoriti.

Mungkin aku tidak mampu merubah dunia, tetapi harap hormat itu milik semua. Dalam aku berkata-kata, harapnya jenakaku tidak buat orang lain terguris.

Pendapat atau hinaan

Kalau korang kata suara dia tak berapa sedap, FINE.
Saya boleh terima. Itu pendapat.

Kalau korang kata dia biasa-biasa jer, takleh mendarahkan hidung korang, FINE.
Saya boleh terima. Itu pendapat.

Kalau korang kata dia tak pandai menari mahupun berlakon, FINE.
Saya boleh terima. Itu pendapat.

Pendapat takde salah atau betul. Pendapat adalah pendapat berdasarkan pengamatan dan bukti-bukti.

Tapi kalau korang kata Jay Park adalah Gay Park. NOT FINE.
Kalau korang kata dia adalah pondan mekap kerja kat salon rambut, NOT FINE.
Apa pengamatan dan bukti yang korang ada untuk kata dia sampai mcm tu?

Bagi saya ini hinaan. Bukan pendapat dari orang panjang akal. Apa kayu ukur untuk kata dia pondan? Sebab dia pakai subang? Sebab kulit dia cantik? Sebab dia ada 6 pax dan korang takde?

Ini sama konsep macam bila jumpa sorang budak pompuan dalam bagasi lepas kena rogol dan bunuh. Terus ada orang cakap 'ni mesti bohsia'. Bohsia wajib mati kena rogol and bunuh ke?
Motip mulut lancang sekor-sekor gigih nak bercakap tapi tatau bijik butir nak cakap?

Macam tu jugak bila isu South Korea kena serang dengan North Korea. Ada mulut tahap longkang yang kata "South Korea hanya ada pondan-pondan untuk mempertahankan negara, angkat senjata pon tak larat". Kalau setakat tengok drama dan video klip korea utk buat kesimpulan tu, kem salam je lah cik abang oi. Im not impressed at all.

Bagi saya, ini pandangan tapi yang juga berunsur hinaan tanpa bukti yang kukuh. Tanpa kajian kes. Mind you, lelaki-lelaki Korea depa wajib pegi military service, bukan mcm PLKN kita okes. Yang korang kata pondan tu lah yang pandai mengendalikan senjata. Bukan mcm korang yang tukang mengata just duduk depan PC main game sepanjang hari. Oppps, see? dah mengeluarkan tuduhan tanpa bukti. Berjangkit ngan korang lah ni.

Kesimpulan, tolong jangan menghina. Saya tak suka justin Bieber tapi saya tak pernah kata dia gay, atau pondan mekap atau sotong kurita.

Tuesday 7 December 2010

Best friend

Kamu suruh aku tunggu luar bilik kuliah. Aku tunggu sambil bersembang dengan musuh kamu. Oh, dia bukan musuh aku, jadi takde masalah untuk aku bersembang dengan dia. Kemudian aku terleka bersembang dengan musuh kamu sambil mengikut arus manusia2 yang mula masuk memenuhi dewan. Ok, fine, silap aku tak tunggu kamu. Tapi motip pulaukan aku sampai berbulan2 semata-mata sebab ni? Dan motip sampai dah tak sanggup tengok muka aku sampai takmo datang school? Lepas aku mintak maap, aku ingat semua dah ok. Sebab kamu sebut ini selepas aku mintak maaf...

"Kita ni bestfren"

Betul ke bestfren? Bila kamu masih berdendam kesumat, kemudian dengan penuh amarah delete aku di Fb dari frenslist dan kemudian datang pada aku untuk add balik? Motip? Oh please, aku tak marah kamu delete aku dari fren list, aku marah sebab kamu pura-pura maafkan aku tapi kamu masih berdendam kesumat. Get a life. I'm scraping your name from my fren list.

------------------

Seriously, ramai orang tatau apa makna kawan, apa makna sahabat, apa makna BEST FRIEND.
Trust me, kalau menggunakan istilah BEST FRIEND di tempat yang betul, takkan wujud soal berkira. Kita takkan komplen dia tak telefon, dia tak balas sms, dia tak mengendahkan komen kat FB. Kita takkan jeles dia baik ngan orang lain, kita tumpang gembira bila dia berjaya, kita tumpang meroyan bila dia putus cinta. Dia sedih, kita sedih tanpa perlu kita canang. Dia sakit, kita risau tapi hanya doa diam-diam dalam hati.

Bagi saya, BEST FRIEND bukan terma yang sesuai dicanang-canang dan diratib berulang-ulang. Cukup simpan kemas-kemas dalam hati.

Konsep

i nak meroyan sebab dah lama dee tak meroyan. i nak dee meroyan sekarang jugak! tak kira! i nak baca royanan ilmiah dee! tak kira! i nak meroyan sebab i tak dinner lagi! i nak meroyan sebab i terlebih tidur tadi. tak kira! i nak meroyan dengan sebab2 lain walau sepatutnya sebab utama ialah sebab dee tak meroyan secara ilmiah! tak kira! oh. i nak meroyan sebab facebook ada new profile. i keliru, occay. nak comment kat wall pun susah, occay! tak kira i nak meroyan ni! i nak meroyan fasal esok i kena pi perhimpunan maal hijrah tapi i takde baju hijau so i tak pi. hikhik. yang paling penting, i masih nak meroyan sebab dee tak meroyan. i pendam perasaan ni dah beberapa hari dah. i dah ak kira. i memang kena meroyan dengan konsep meroyan sebab orang lain tak meroyan. dunia tak lengkap tanpa royanan, occay!

Monday 6 December 2010

Lahar

Share.

Maybe itu penyelesaian sesetengah masalah. Kadangkala terasa aku ini (kalau bukan kamu juga) seperti gunung berapi, kalau dikumpul dan dikumpul laharnya, jika sekali meletup, senang saja hendak sakiti orang di sekeliling.

Tapi pada masa yang sama, amarah itu umpama bara. Kalau dicerita-cerita berulang kali, umpama ditiup-tiup lagi api kemarahan. Mungkin biar saja reda sendiri. Atau siram dengan ayat-ayat suci.

Aku memberikan pendidikan tidak formal kepada sahabat supaya mereka tahu jika aku dilihat tidak bisai, biar saja. Satu soalan yang buat aku tambah meroyan jika ditanya, 'have I done something wrong?', umpama dunia ini semuanya berkaitan dengan si penanya. Umpama kalau aku gembira, kerana dia did something right dan aku tidak gembira kerana dia did something wrong. Apakah?

Ada hari-hari yang menekan jiwa. Hari hari yang aku mahu saja tidur-tidur tidak lena di atas katil sambil memeluk bantal. Dan biar sajalah aku begitu. Lama sedikit baiklah hati ini...

Saturday 4 December 2010

Motip

i nak meroyan dengan motip dah beberapa hari tak meroyan. dengan motip dah 2 minggu tak basuh baju. dengan motip tidur tak cukup. dengan motip duit gaji dah nak abis. dengan motip petang ni nak kena kerja lagi. dengan motip rumah tak kemas lagi. dengan motip tak puas karok semalam. dengan motip kesepian sebab masih singel. dengan motip kena kerja minggu depan. dengan motip malas. dengan motip lapar. dengan motip memenuhi masa lapang. dengan motip meroyan secara bermotip, seperti yang tersebut di atas. hikhik

Thursday 2 December 2010

Pelan

"Bila mahu kahwin? Dah elok dah nak kahwin ni.." soalan.

"Saya bercadang untuk kahwin setelah saya tamat pengajian saya," jawapan.

"Ala.. kalau tiba-tiba jodoh sampai, tengah-tengah belajar pun boleh jadi kan?? Kita sekadar merancang kaaan.."

"MOTIF bila nak menyelebah argument senirik baru nak guna alasan jodoh dan 'kita hanya merancang'?? Yang tadi tu gatal nak suruh kahwin, tak cakap fasal jodoh pulak???"