RSS Feed

Wednesday 5 January 2011

Ujub

Terbaca dalam shoutbox fasal link Ujub Zaman Moden.

[Mode menjoyah start]
Evilly, Evilly, ko dok minta follower bebanyak tuh, terus orang kata ko ujub okeh!

See, dia siap komen boh butang 'like' lagi. So aku tanak bubuh supaya kita tidak ujub! Hehe

[Mode menjoyah tamat]

Saya suka sahaja artikel ini. Nasihatnya baik. Supaya kita tidak terasa gah dan ujub pada apa yang kita lakukan. Benar, apa sahaja yang kita buat ini, kalau bukan diberi anugerah itu olehNya, maka tiada daya kita ini.

Cuma saya kira banyak sangat perkara-perkara yang membuatkan saya rasa kurang senang dengan artikel tersebut, tambahan lagi bila ditulis dalam laman web ilmiah.

Pada saya penulis itu tidak berpuas hati dengan pelbagai rencam-rencam sosial yang berlaku dek kerana laman-laman sosial ini - Facebook, blog etc.

Cuma saya tertanya pada kewajaran ayat sebegini
[B]4. Komen Gambar di Facebook[/B]
Perkara ni mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila cun atau kacak, ramailah yang komen. Tidak kurang juga yang memuji. Apabila banyak sangat terima pujian, mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu. Maka, perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan.

Saya tertanya-tanya pada diri sendiri. Kalaulah saya ini kacak, adakah saya terasa ujub dek kerana gambar-gambar saya yang sasa di Facebook ituh.. Mungkin juga. Nauzubillah. Semua pemberian ini dariNya.

Tapi kalau saya ini tidak kacak dan tidak cun; ada juga mungkin saya mahu terasa ujub bila membrowse gambar-gambar rakan-rakan saya yang kacak dan ayu. Boleh saja saya mahu fikir yang 'walaupun mereka ini hensem hensem dan ayu, tapi conform saya lebih bagus dari mereka'. Itu juga boleh ujub bukan? Tidak perlu pun perlu kacak untuk terasa ujub.

Mudah saja bagi saya, usahlah memilih dalam siapa yang mungkin boleh terasa ujub. Itu saja. Masalah? Tidak pun, cuma terasa tidak best.

Entah. Ini bukan royanan tidak puas hati. Cuma terasa pelik akan begitu banyak yang like post tersebut.

Dia yang menulis dan saya masih dalam bot yang sama. Tidak saya nafi apa yang dikata, cuma kalau mahu bercerita tentang gambar di Facebook atau komen-komen di post, bukan isu ujub itu yang menyerlah.

Apa kata gambar-gambar yang dapat menimbulkan fitnah. Atau komen-komen yang biadab, keji, menyakiti hati orang lain, menggunakan kata-kata kesat, mengumpat dan fitnah?

Entahlah, mungkin saya terasa hati bila membaca kerana saya risau kalau ada orang-orang menganggap saya ujub pada masa yang saya bukan.

Maka beginilah. Kalau saya ini salah, nasihatilah.

Tapi kalau dalam kala-kala saya ini mungkin seronok kerana ada pembaca-pembaca yang meminati saya (dan tidak meminati Evilly!), dan saya letakkan gambar saya yang comel itu di profile picture blog ini; janganlah pula tuduh saya terasa riak dan ujub.

Ujub ini kan hal hati. Mana kamu tahu kalau saya lihat gambar kacak/tidak kacak saya di Facebook, saya mungkin punya rasa malu pada diri sendiri dan mahu mati?

P.S: Perlu diclarify supaya tidak salah faham. Mahu mati itu ialah metafora ya! Nanti kang kena plak laser sebab macam nak commit suicide.