RSS Feed

Tuesday 30 November 2010

Mari Meroyan Secara Solo

ini royanan berkonsep membangkang royanan yang tidak berkonsep. hikhik.

konsep yang lebih tepat ialah meroyan secara solo. i selalu meroyan tak fasal2 tapi meroyan dalam keadaan sorang2. contohnya dalam lif, dalam kereta, dalam bilik air, dalam bilik etc2. royanan sebegini seswai dibuat secara musical untuk efek lebih dramatik. i selalu nyanyi dengan penuh perasaan di samping beberapa step tarian seperti tap dancing, joget, zapin atau selalunya hanya terkinja2 tanpa motip, mengikut rentak lagu yang bermain di dalam kepala. selalunya i akan tambah 2-3 baris dialog dramatik untuk tujuan penghayatan. tapi ingat, ianya berupa monolog kerana i hanya berinteraksi dengan diri sendiri mengikut format royanan solo.

segala unsur2 dramatik ini akan berakhir secara otomatik apabila ada orang lain masuk lif/kereta/bilik air/bilik. i secara profesional akan terus menten vogue seperti tiada apa2 yang pernah berlaku. pada waktu ini, kawalan nafas amat penting untuk mengelak orang lain itu mengesan anda tercungap2 akibat meroyan sambil menyanyi dan menari tadi.

cuba lah!

Frust

Ini royanan tak berkonsep-konsep.

Frust.

Orang-orang ini qqwfpebjasl;kdA:DjlkasfsdlkxmcZLNCJx, m zfldmvmLZNM
Itu saja. Terima kasih.

1 Malaysia

Saya bukan perempuan yang dibesarkan dalam suasana ketuanan melayu ke hulu, ketuanan melayu kehilir. Setiap kali balik ke Mergong waktu cuti sekolah, filem Hindustan dan drama tamil yang selalu bermain di tv. Bila saya melangkah ke dapur, Tok Ngah sedang dengar berita tamil di radio. Tok Wan datang dari India, migrasi untuk mencari bersuap-suap nasik. Ditemukan jodoh dengan Tok..yang nampaknya tak berapa nak Melayu. Ketika saya menulis ni saya terfikir, apa bangsa keluarga Tok? Melayu? Mamak? Bengali? Entah. Sebelum ni saya tak pernah terfikir. Tak pernah ingat nak tanya. Sebab saya tak sangka Isu bangsa akan jadi benda yang boleh melukakan, boleh merosakkan, boleh memecahbelahkan.

Sejak otak saya berupaya mengingat, saya tahu ayah mengajar di sekolah St. Michael Ipoh. Ajar sekolah Kristian. Ajak budak Cina, Melayu, India, Bengali. Saya tak pernah terpikir kenapa ayah mengajar sekolah Kristian, anak-anak Kristian walau dia hantar kami adik beradik sekolah agama swasta. Saya tak pernah tanya kenapa sebab saya tak pernah terfikir isu agama boleh melukakan, boleh merosakkan, boleh memecahbelahkan.

Jiran kami Cina, ada anjing nama AhKong. Bila anjing dia mati kena racun, saya dan adik2 tumpang sedih. Tuan rumah kami nama Kesavan. Saya takkan lupa nama Kesavan, sebab ayah eja Kesavan sebagai K7. Masa tu saya rasa ayah paling cool sebab boleh eja nama orang dengan kretif sekali.hehe.

Di sekolah menengah, Cikgu Chong dan Cikgu Chee mengajar semasa di menengah atas. Walau ada khabar angin yang mengatakan cikgu Chong mengajar di sekolah agama sebab ada niat tertentu, kami telankan saja. Belajar macam biasa. Tidur dalam kelas macam biasa, bermesra dengan cikgu2 mcm biasa dan pasti akan jumpa cikgu kalau ada latihan yang tak dapat dijawab. Saya masih ingat kami menyelitkan membaca surah toha ayat 1-10 lepas baca doa penerang hati, untuk melembutkan hati cikgu chong dan cikgu chee supaya kasihani kami yang suci murni ni.hehe. Dan kasih sayang yang mereka berikan sesuci cintamu kasih sayang ustazah dan guru2 yang lain.

Di USM, kami diwajibkan bercampur dengan pelajar bukan Melayu di kolej kediaman. Saya ditempatkan dengan Catherine India Kristian di Tahun 1, Cynthia India Kristian di Tahun 2 dan Florence, Cina Kristian dia Tahun 3. To my surprise, alhamdulillah tiada kemalangan jiwa berlaku walau kami semua nampak 'berbeza'.

Semasa Masters, penyelia lapangan saya Dr Chandra, wanita India Hindu. Saya dibantu oleh En. Hassan Ghulap Din, Pakistan Muslim dan senantiasa diselia oleh Pn Vasuge India Hindu, Dr. Naheed Pakistan Muslim dan Dr. Mahendran, India Hindu. Kenapa saya mula melabelkan bangsa dan agama setiap seorang? Sebab nampaknya ini identity ni penting. Kita sibuk mencari perbezaan, kita sebok nak fikir apakah dakyah terselindung di sebalik perbezaan.

Kita semua berbeza dan kita akan terus berbeza bila kita mahu highlight perbezaan. Sedangkan di Iraq sesama Arab Muslim tetapi 'berbeza' ikutan Shiah dan Sunni, maka bertelagah. Sedangkan dengan Indonesia yang sama-sama Melayu Muslim Sunni pon kita sering bertelagah.

Kita kata kita mahukan 1Malaysia, tapi kita masih labelkan rakan-rakan dengan nama yang tak sepatutnya. Kita kata kita mahukan 1Malaysia, tapi kita tak rasa kepentingan belajar bahasa rasmi. Kita rasa kita mahukan 1Malaysia tapi kita prejudis pada bangsa lain. Kita kata Islam agama kasih sayang, tapi kita menyemarakkan benci. Kita kata Budda ajar berkasih sayang, tapi kita kutuk bangsa lain cukup-cukup.

Adakah Malaysia hak milik Melayu sahaja?

Adakah Malaysia kaya hanya dengan bantuan Cina dan India sahaja?

Semua orang akan ada soft spot pada persamaan. Kalau kita peminat Jay Park dan berjumpa dengan peminat2 Jay Park yang lain, kita akan secara automatik akan jadi selesa, tanpa mengira warna kulit, bahasa, bangsa, agama. Maka, adatlah Melayu bersatu, Cina bersatu, India bersatu. Tapi perlukah kita bersatu untuk jatuhkan bangsa lain? Lihat apa jadi di Afghanistan, di Iraq. Bila kita dan lalai. Bila kita gigih mencari perbezaan, akan nada pihak lain yang akan datang 'membantu' meleraikan kekusutan. Ketika itu, hancur berkecailah perlembagaan, kuasa sultan, system demokrasi. Yang kaya raya akan ada tempat perlindungan di luar negara, wang simpanan berkepuk-kepuk di akaun bank antarabangsa. Yang tinggal hanyalah kita rakyat-rakyat marhaen hidup dalam kesusahan, tangisan akan diselangselikan dengan bunyi tembakan dan bom. Kawan-kawan dan ahli keluarga mati setiap hari, bukan sebab pemandu bas cuai, tapi sebab terkena tembakan atau bom.

Ini hakikat. Ini yang berlaku di negara-negara yang gigih mencari perbezaan sesama rakyat. Kita bakal pendidik, harus lebih bersemangat memajukan anak bangsa, dan semaikan kasih sayang kepada bangsa lain.

Semua bangsa perlu saling menghormati.

Kita semua perlu hormati bahasa rasmi – belajar dan amalkan. Kalau pergi ke jepun, nak gigih jugak cakap bahasa Melayu/Tamil/Mandarin? Masuk kandang kambing, sila mengembek ok.

Kita semua perlu hormati agama rasmi – belajar dan fahami. Saya paling benci orang mempolitikkan agama. Sila masuk agama ayah Pin kalau rasa nak alter agama sesedap rasa. Jangan lupa kirim salam kat Malaikat di langit ke 7.

Kita semua perlu hormati perlembagaan – di Australia untuk jadi warganegara wajib ambil ujian berkonsepkan negara – sejarah, lagu kebangsaan, etc, etc. Kita kena tau pasal negara baru leh pungpang tuntut itu ini. Kalau komunis tak pernah jajah Malaysia tapi kita kata komuni jajah Malaysia camno? tak ke malu? keke

Kalau gigih gak nak ketuanan bangsa ke hulu, ketuanan bangsa ke hilir sambil kutuk bangsa lain, tunjuk perasaan ke hulu tunjuk perasaan ke hilir konon bela bangsa sendiri tapi bila bangsa lain buat salah kecut sekor2 nak amik tindakan sewajarnya, maka saya nak ucapkan:


1Malaysia my a$$

Monday 29 November 2010

Kawan. Sahabat...

Kadang-kadang saya confused.

Katanya mahu jadi kawan saya. Tapi....

Saya ini sama saja seperti kamu. Senang terasa. Tapi saya fikir dua tiga kali dulu kalau mahu cakap benda-benda yang keji. Kalau kadang-kadang mulut ini tidak berinsurans, saya terkeluar juga benda-benda yang tak sepatutnya, bersalah benar saya rasa.

Jadi saya tidak telefon kamu buat beberapa lama. Kamu juga tidak pun menghantar mesej kepada saya. Baik Facebook. Saya tidak terasa. Saya rasa kamu sibuk. Saya pula jauh. Kamu pula kata saya tidak seperti dulu. Apakah? Mungkin juga saya yang tersalah baca. Mungkin kamu sekadar manja mengada-ngada, bukannya benar-benar emosi seperti yang saya terbayang di minda.

Kawan. Sahabat...

Kadang-kadang saya marah dengan si kamu yang lain. Bila saya mengecall, tidak menjawab. Bila kamu tertekan, kamu tidak mahu menjawab. Sampaikan saya tidak tahu kamu hidup atau tidak. Tapi saya diajar oleh orang lain, dia suruh saya cuba letakkan diri di tempat kamu itu. Baru saya berhenti meroyan. Baru sekarang saya rasa aman walaupun kamu tidak menjawab telefon. Kamu perlukan masa dan ruang.

Kawan. Sahabat...

Kadang-kadang saya pelik dengan si kamu yang lain lagi. Bila saya mahu ruang dan tempat untuk diri sendiri, kamu tidak beri. Kamu fikir hanya untuk diri kamu sendiri. Kerana kamu rasa, betapa baiknya kalau ada orang yang memberikan semangat dan dorongan di kala kamu bersedih. Hello? Kamu dan saya itu LAIN. Bukan kerana kamu fikir begitu, saya juga fikir begitu. Saya mahu ditinggal sendiri. Kata kawan saya, tapi langsung kamu fikir hanya untuk diri sendiri.

Kawan. Sahabat...

Kamu pernah fikirkah kenapa kamu mahu berkawan dengan saya jika kita nyata berbeza. Kita mungkin suka lagu Korea yang sama, walaupun kamu meroyan bila dia tanggal baju, saya seperti.. ookaaay perlu la kan... (walau di dalam hati sebenarnya mahu juga tanggal baju kalau badan sudah tough); TAPI, kalau hal-hal lain kita tidak sekufu, biarlah kita sekadar menjadi stranger yang bersahabat. Bukan kawan yang stranger.

Kawan. Sahabat...

Saya tahu saya popular. Sejak muncul di kaca televisyen anda bersama kawan-kawan saya yang lain Shin-chan, Nini, Bo dan Masao; kamu mahu jadi kawan saya kerana kamu rasa saya cool. Kamu tahu apa yang saya rasa. Saya rasa saya ini biasa saja. Tapi kamu tidak percaya. Kalau kamu tidak percaya, bagaimana mahu kita berkawan-kawan? See.. meroyan sebegini kan sudah tunjukkan yang saya ini biasa.

Saya juga ada pengalaman yang sama, tapi kalau bukan kerana meroyan, takkanlah saya share. Ada juga manusia-manusia yang kacak dan lawa, atau manusia manusia yang hebat, yang saya sangat mahu menjadi rakan-rakan mereka. Mungkin itu naluri hati, terasa nanti kena juga tempiasnya. Atau mungkin boleh belajar dari mereka. Tapi bila saya cuba kenal, atau terberjaya kenal, saya rasa mereka tidak ada apa pun. Sama saja. Ada yang seperti tunggul. Saya mungkin lebih hebat. Biar saya kenal dengan orang-orang yang benar-benar sekufu. Walau pada asalnya saya ingat mereka biasa, sekarang saya rasa mreka semua lebih kacak dan lawa dari orang-orang lain. Dan mereka lebih hebat juga.

Tidak pernah kamu fikirkah, yang saya ini mungkin hebat buat orang tertentu, tapi saya juga tunggul buat kamu. Kerana saya ini tidak sempurna.

Kawan, sahabat...

Saya juga seperti kamu. Ada beberapa manusia yang termuncul di dalam hidup saya yang saya sangat selesa bersama mereka. Saya berkawan dengan mereka dan ulangkali saya beritahu mereka yang saya mahu bertemu kembali. Saya juga merentas negeri untuk mencari kembali, kalau-kalau spark dahulu dapat dicetus kembali. Tapi kamu-kamu yang ramai ini, diam sahaja. Entah bila datang ke negeri saya pun kamu tidak hubungi. Maka saya ajar diri sendiri. Usah terasa hati, walau dahulu saya dan kamu-kamu ini rapat sekali. Kamu dua bulan yang lepas mungkin sudah jauh berbeza dengan kamu yang sekarang. Maka saya biarkan sahaja kamu. Kalau saya kamu rindu, saya tahu kamu akan hubungi. Jika tidak, saya sudah cukup gembira kerana kamu menghias memori (adus.. ayat yang jiwang buat saya syok sendiri dengan tulisan sendiri <-- ini sangat antiklimaks).

Dan saya tidak risau. Kerana saya ada kawan-kawan saya yang walau saya tidak berjumpa satu tahun atau dua, saya masih lagi dapat jiwa yang sama bila bersama mereka. Bukankah ini lebih bermakna. Dan saya mahu ajar diri sendiri, kalau mereka berubah, tidak apalah. Bukannya semua kekal selamanya melainkan Dia.

XOXO Kazama. <---perlu la XOXO kaan..

Sunday 28 November 2010

Double

Tajuk Double kerana ada double royanan. Double the royanan, double the headache!

***
Saya paling suka meroyan bila orang bertanya fasal kahwin.

Yang saya paling suka ialah kalau dapat membidas atau membuatkan orang yang bertanya sentap. Baru puas hati saya.

Sebagai manusia yang normal, saya mahu kahwin. Saya mahu ada bini dan juga anak. Saya sudah pun ada nama untuk anak perempuan saya jika ada rezeki. Nama untuk anak lelaki belum fikir lagi.

Cumanya, agak menjengkelkan bila orang tidak henti bertanya. Setakat ingin tahu, tidak apalah. Tidak perlulah saya terover lebih-lebih. Yang mahu tahu bukan-bukan, mahu 'tolong' mencari... HELLO, saya bukannya tidak laku. Masalahnya dalam isu kahwin ini, kalau secara luarannya nampak laku, kalau tidak ada rezeki, tidak kahwin juga. Ini bidasan sendiri terhadap ayat yang sebelum.

Pernah orang yang rapat dengan saya suruh kahwin. Saya kata nantilah. Kemudian dia suruh saya cari dahulu untuk berkenal-kenalan. Tadi kata mahu suruh kahwin, ini suruh cari dulu pula. Mana satu? Untuk berkenal-kenalan ramai saja sudah saya kenal, apa masalahnya?

Tapi saya lihat, kawan-kawan saya yang sudah berkahwin pun masih belum abis soalan-soalan sebegini. Bila sudah berkahwin, mula bertanya bila mahu dapat anak. Haiyoh! Hal-hal kelambu pun mahu ambil tahukah? Bila sudah dapat anak pertama, ditanya bila mahu dapat yang kedua. Kalau tidak ada anak pula, banyak lagi soalan ditanya.

Mungkin kerana definisi kegembiraan masyarakat kita sama sahaja. Masuk universiti, kahwin, dapat anak, dapat cucu, anak masuk universiti: itu semua membawa bahagia. Saya tidak nafi. Tapi kalau mahu anggap bila kahwin, saya hidup gembira, tidak apalah. Saya pun tidak kata hidup bujang ini lebih bahagia. Tapi satu yang pasti, asyik bertanya soalan itu tidak buat saya bahagia. Buat saya sengsara. Sampaikan hendak berjumpa orang-orang tertentu pun sudah rasa malas.

*****

Kadangkala saya rasa kasihan pada kawan-kawan perempuan saya yang meminati lelaki tertentu. Lelaki-lelaki itu tidaklah melayan sangat pun. Kadangkala lelaki itu pula sudah berkata yang dia mahu sekadar menjadi kawan biasa.

Tetapi kawan saya itu masih tidak putus asa. Dia masih berharap yang dengan berbuat baik, lelaki itu bakal berubah hati.

Pada pengamatan saya, lelaki ini susah berubah hati. Kalau sudah dia fikir yang dia tidak berminat untuk buat kekasih, memang dia tidak akan. Perempuan ini lebih mudah. Jika lelaki itu layan dengan baik, senang saja dia berubah. Itu pengamatan sayalah. Bukan data saintifik.

Ini juga bukan data saintifik. Tapi, makin konfiden seseorang lelaki (mahupun wanita) pada dirinya sendiri, makin susah untuk orang-orang begini berubah fikiran jika dingorat oleh orang-orang yang tidak disukai.

***

Aaah, tiba-tiba jiwa terasa kacau selepas menulis entri ini. Apekah?

Saturday 27 November 2010

All by myself~ don't wanna be~ all by myself~ anymoreeeeeeeeeeeee~

Occay. Hari ni i nak meroyan fasal i sesat masa driving tadi. i keluar dari bangi pukul 7, menghala ke ibu negara. masuk highway, terus jam. occay. i sabar sangat kannnn. setengah jam masa habis kat susur masuk ke toll-booth. APAKAH??? maybe orang rushing balik dari MAHA. i should have taken the other way out. tapi i sabar sangat. seronok drive sorang2 sambil karok. entah berapa kali rewind Teenage Dream, nyanyi dengan penuh emosi, occay! drive sorang2 ni best sangat. boleh kentut sesuka hati. bukan i ni tak sopan. tapi terpaksa, occay! kisahnya, terlebih pelahap garlic bread masa kat bangi tu. so hangin satu badan, occay!

tapi satu masalah drive sorang2 ni (especially for someone yang baru memberanikan diri drive tanpa co-pilot hanya selang beberapa hari sebelum kejadian), ialah SESAT. i bajet sampai rumah pukul 8. tapi haram. kunun boleh berpandukan all the signboards. sangat haram, occay! kunun nak celah-celah entah jalan mana entah, dengan sangat yakin. i SESAT, occay! redah jalan klang lama. ikut hala PJ. masuk area PJ, terus sesat dan terperangkap dalam PJ. bayangkan. i tak jumpa cari jalan keluar, occay! entah dah pusing satu PJ. pusing the roundabouts entah berapa kali entah. i dah bayangkan situasi i akan mengelilingi PJ sampai habis minyak. ala2 cerita orang masuk hutan kena sorok bunian, gitew! bayangkan, tak jumpa cari jalan keluar PJ sampai sudah. kalau mati, i akan jadi hantu yang haunt the roads of PJ, especially the roundabouts.

last2 pakai redah entah jalan mana, baru dapat kembali ke pangkal jalan. tu pun, dah nak sampai rumah pun boleh salah masuk simpang dan terpaksa U-turn. tapi i sabar sangat. ada carut2 tapi selebihnya, masa diisi dengan karok Teenage Dream.

i sampai rumah pukul 9. hilang selera makan. i bagi makan kucing i. lapar sangat. tapi sekarang i pula yang lapar. teringin nak makan mertabak daging panas2. tapi malam2 buta ni mana nak cari mertabak???

Yahudi?


"Tak tengok world cup?"
"Tak kuasa nak bangun pepagi untuk tengok. Bangun tahajjud lagi bagus"
 
Saya diam. Dia sambung lagi.
 
"World Cup ni semua konspirasi yahudi. Kenapa la depa buat time pepagi buta. Nak biarkan kita leka sampai tak bangun Subuh la tuh"
 
Saya tatau nak cakap macamana. Rasa macam kerasukan syaiton je masa tu...Saya ni memang cepat sentap. BIla sentap mulalah rasa nak meroyan. Saya hanya mampu jawab ringkas, dengan penuh kepayahan.

"Sebab ada perbezaan masa. Kat sana petang ngan awal malam, nasiblah kita pagi"

Ok. Seriously. Berdesing telinga saya. Macam ni lah. Saya malas nak cakap banyak abang-abang adik-adik sekalian. Kita orang Islam ni ada agama sebagai guideline hidup. Dah besar panjang semua..anak dah berderet...Kalau anak belum berderet..awek/balak dah berderet, kan? Kalau kita masih nak rasa tengok Pokemon boleh murtad, atau pandang salib boleh terpesong akidah, masuk gereja akan mengakibatkan jatuh syahadah, pegang anjing menghina agama, pegang babi confirm neraka...sukahatilah. I have nothing to say. Cuma saya rasakan semangat umat Islam makin lama makin lemah, kita makin keliru, takda jatidiri. Semua salah sendiri kita salahkan sepenuhnya pada Yahudi. Kita in denial sebenarnya. Sekarang ada banyak cara untuk kita cari maklumat. Tolonglah selidik sebelum sebarkan kat orang. Lemah lutut saya bila terbaca Upin dan Ipin dakyah Yahudi. 
 
Faktanya dalam entry blog tu yang mengaitkan Upin dan Ipin dengan Yahudi adalah kerana huruf yang tertera pada baju mereka - U = USA. I = ISRAEL. :(

Aib

Kengkadang hairan dengan post-post di Facebook. Mengutuk aksi-aksi kurang sopan orang lain, lepas itu siap letak link dan video lagi untuk tontonan ramai.

Dalam kedangkalan ilmu aku, mahu juga tanya apa gunanya menyebarkan lagi aksi-aksi yang dikatakan memalukan itu kepada orang lain. Bolehkah sesuka hati mengaibkan orang lain hanya kerana mereka itu buat salah?

Kemudian, guna lagi bahasa-bahasa yang f***ed up. Itu Facebook. Semua rakan-rakan anda baca status anda. Perlukah mencela orang dan diri sendiri pada masa yang sama??

Friday 26 November 2010

Ini percobaan meroyan

Sebenarnya kannnnn, i rasa i macam tak seswai nak royan2 kat sini. konsep royanan i suci. i tak pandai cakap2 burok about other peeps. and i ni jenis makhluk Allah yang sabar sangat. tak kesah la apa uols nak buat kat i, i sabar. sabar sangat. i marah2 pun senyap2. kalau i marah, i yang siap minta maaf balik pada orang yang i marah walaupun ternyata beliau yang salah. sabar sangat i ni kannnnn?

tapi tu la. bila kita ni sabar sangat, tak kisah, orang ingat kita ni tade perasaan. beliau ingat beliau boleh buat apa2 je, boleh cakap apa2, boleh hina2 dan kita tak rasa apa2, tak terluka, tak sakit hati. beliau boleh cakap kunun beliau jujur. tapi kalau beliau tak kenal i betul2, ttibe nak condemn i in open public, APAKAH?

maybe whot i'm doing is not my best, but can you do better?

bila i cuba menghiburkan hati yang lara akibat comment beliau, APAKAH yang beliau ttibe tacing? balik2 i juga yang rasa terhina. cis!

i dah lama dah pendam. dah setahun lebih. nasib sangat ada ruang ni ntuk i meroyan secara sopan. kali ni, i royan tade konsep. masih mencari identity, gitew! kali ni, i just nak coba-coba meroyan secara public. i kan virgin lagi in terms of men-capub secara meroyan. tak gitew, kazama-kun and dee? hikhik

Kawin

Dulu saya pernah niat nak kawin lari kat Siam. Saya pon tak sangka saya begitu series sampaikan bukak thread kat forum tempatan. Sumpah, sampai skang malu dah nak masuk forum tu walaupun orang tak kenal. So, orang-orang yang tak dikenali nasihatkan bertindak mengikut akal. Saya juga pernah consult kawan baik. Saya takkan lupa saya bersengkang mata ber'ym' dengan dia berbincang hal ni. Tapi saya harap dia lupakan segala apa yang kami dah bincangkan..kekeke. Antara nasihat dia yang saya ingat sampai hari ni. "Aku takmo ko kawin koboi. Aku nak pergi masjlis ko. Nak tengok ko pakai baju kembang yang cantik. Aku nak tengok ko pakai crown. Ko tak teringin ke wedding proper? Potong kek 3 tingkat?"

And then berkat doa mak ayah atuk opah adik beradik rerakan dan mungkin juga musuh, saya tak jadi kawin.. Bukan saja di Siam, saya tak jadi kawin hatta di Malaysia sekalipun. So, takde baju kembang yang cantik. Takde crown segala. Takde kek 3 tingkat. Takde.

Ini baru mukaddimah yer, belum masuk isi penting. Sebenarnya saya ada pandangan yang lain tentang kawin. Dan pandangan saya adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman. Dan berada di sini dikelilingi orang2 yang bersefahaman dengan saya membuatkan saya agak gerun dengan diri sendiri.

Fiona - seorang minah salleh tanya saya kelmarin – Macamana wedding kat Malaysia? Tu budaya ke adat? Apa upacara agama yang wajib?

So, perbincangan bermula....

Kesimpulan berdasarkan persembangan panjang berjela adalah majlis perkahwinan di dunia nih dah menjadi satu benda yang sudah tersasar dari matlamat utama. Tak kiralah kita nih dari golongan kaya raya mahupun sederhana, kita pentingkan fairytale dreams – especially bila media ketengahkan majlis kawin orang kenamaan dan artis glemer.


1-Hantaran mahal nak mampus. Belanja je dah berdegar2, kalau pompuan ada degree katanya 10k. Macam jual lembu untuk korban je bunyinya. Lembu korban kompom masuk sorga. Kita? Tu belum masuk hantaran yang cecah RM444444.44. Last2 hujan di tengah hari :( . Kalau rasa vogue sangat dan rasa anak tu bernilai, naikkan mas kawin yer, bukan jumlah hantaran. Ni maskawin cukup2 ikut kadar negeri..agaknya kalau negeri letak rm1.50 pon gigih nak ikut. Tapi hantaran………humang hai…sampai beratus ribu. So sebenarnya nak puaskan hati sapa ni? Yer, nak puaskan hati makcik joyah sebelah rumah supaya dia takleh nak menjaja cerita. Trust me, kalau dah namanya kaki joyah, pengantin kawin lipstick terlebih merah pon akan jadik isu. Ropol baju macam kain langsir pon leh jadi bualan di tembok umah setiap pukul 6.00 petang lepas tengok ulangan cerita Bawang Putih Bawang Merah. Tu belum lagi kalau bulu mata palsu tersenget atau terlebih pantis kening. Masa makcik saya kawin tatkala usia 29, makcik depan saya sempat menjoyah walau saya pakai baju 'uniform' yang menandakan ahli keluarga. Memandangkan tu geng marhaban opah saya saya sabor je le. Kalau ikut hari nak je mengadu domba kat opah biar team marhaban depa berpecah..(batu api sgt) kekekeke

Okes, masuk bab barang hantaran. Barang hantaran merupakan hadiah dari satu pihak dari satu pihak yang lain. And since this occasion is once in a lifetime (hopefully) kita kalau boleh nak buat yang terbaik. Opah pernah cakap zaman dulu-dulu hantaran sebenarnya utk menonjolkan skill bakal isteri. Pandai menggubah tuala berbentuk angsa, pandai buat bahulu ikan dan so on. Itu sebab konsep sebenar hantaran adalah banyak makanan. Serta, makanan2 itu bolehla dimakan oleh para rombongan ketika dalam perjalanan pulang ke kampong halaman tercinta. Mari kita tengok konsep hantaran hari ni. Mostly barang berjenama. Saya pernah ada senior yang kawin dapat hantaran SKII.

Saya tanya – ok tak pakai SKII kak? Muka saya nih sensitip, kotla pakai benda2 mcm ni boleh serasi. Jawab dia - Akak tatau dik,akak beli ni untuk hantaran dik. Kalau tak, tak merasa.

Tak kisah pun korang nak buh hantaran benda mahal2..Bila lagi nak merasa kan? Tapi hakikat yang kita tak sedar,kita secara tak langsung dah bubuh standard untuk masyarakat. Makcik2 pon satu, sibuk menjoyah kat umah orang kawin – meluru masuk bilik pengantin kerobek satu2…siap leh bisik2

"Mekap AVON…" nak je sound "Dah dia pakai AVON takkan lah nak buat hantaran Clinique pulak kan?"

Agaknya makcik2 ni ingat kalau kita pakai sabun cap kapak, haram jadikan sabun cap kapak sebagai hantaran.

Saya cuma terfikir : Tak boleh ke hantaran simple2 saje? Kereta merc, gitar letrik, iPhone segala tu rasa mcm lebih kepada hadiah hari jadi yang digedebukkan sekali. Saya suka je tgk hantaran orang tapi seriously, saya memang tak terpikir nak beli benda yang mahal hazabedah mcm ni. Harapnyalah.


2-Kawin konsep tema angkasakayanganbulan. Ni lagi satu. Saya paham konsep orang buat kenduri kat dewan sebab nak muatkan ramai orang. Kalau kat umah lagi la saya paham. Cuma yang saya konpius kalau kawin siap ada projector, ada karaoke, ada band datang main. Silap takde power point presentation dan badut dan silap mata je. Its too costly, at least for me. Belum masuk benda asas mcm khemah, makan utk satu kepala, kad cikai. Ada kad yang sampai 2 ringgit sekeping. Paling habis pon orang simpan dalam lemari je kad tu. Ada org simpan dalam album. Tapi banyak yang buang je dalam tong sampah. Yang benda tak wajib lah yang mahal nak mampus – pelamin konsep angkasaraya, bunga segar dari Cameron Highlands, fotografer, mak andam, baju kembang kuncup merelip2, crown palsu, cadar tekat benang emas…belum masuk door gift lagi..Mak aih…mau botak mcm nih. Tu belum lagi konsep warna tema satu keluarga – kena beli berkayu-kayu kain..last2 sama warna dengan langsir…hehehhehe.

Saya suka tengok orang kawin, tapi saya berdoa pada Allah andai saya sampai jodoh di dunia nan fana ni, saya nak buat sederhana je. Andai kata terover dari yang saya mahukan, saya niatkan untuk menjaga hati mak ayah atok opah. Sebab dah penat carik pasal ngan mak ayah selama 27 tahun :(. Takmo inai2 awan larat, bulu mata palsu, baju mahal, crown palsu, hantaran mcm hadiah krismas, bilik macam showroom. Takmo bunga manggar berarak disambut lempar bunga rampai. Sebab bagi saya majlis kawin adalah majlis untuk menghebahkan kita kawin supaya tak jadi fitnah kita bersekedudukan. Harapan kita supaya orang doakan kita dan kita bersedekah kat orang. So, bagi saya pengantinlah yang kena layan tetamu..Tanda terima kasih datang. Tapi kita sekarang konsepnya gigih posing kat pelamin feeling2 anggun cam model sampai ramai orang datang tak sempat jumpa pengantin. Ramai orang datang sebagai tetamu pulak nak melahap tanpa jumpa pengantin memberi nasihat atau mendoakan mereka. Takde bezanya dengan masak banyak2 pastu longgok depan umah bagi orang makan. Dan takde bezanya dari pegi kedai makan tak bayar dan tuan kedai halalkan. Oh, ada beza, pengantin pakai crown palsu.

Again, I'm not saying this sebab saya rasa saya je betul, semua yang lain salah. Saya tulis apa yang saya rasa. Nak kata saya sourgrape katalah. Nak kata saya meroyan sebab tak kawin katalah. Konsep saya tulis kali ni adalah seperti – suka melihat artis korea menari dan menyanyi di atas pentas tapi saya tak mahu menari dan menyanyi di atas pentas. So, saya takde masalah bila orang lain kawin dengan cara mcmana pun sebab tu duit depa. Depa buat loan sebab nak kawin berkonsep angkasaraya - saya sedih tapi bila pikir balik bukan duit saya, saya dah boleh go on dengan life :)

Kesimpulannya: Saya pernah niat nak kawin lari kat Siam.keke


Just The Way You Are

Entah kenapa mahu jiwa kacau bila baca lirik lagu Just The Way You Are.

Mungkin kerana memori luka lama kembali menyengat jiwa.

Tidak, bukan suka lagu itu. Walaupun melodinya boleh la..

Cuma otak rasa penat melayan wanita-wanita sebegini. Mahu aku sebagai lelaki menghargai hari demi hari. Tiap-tiap hari ujar lafaz kamu lawa.

Bagaimana?

Atau mungkin juga kerana belum cukup cinta untuk buat aku betul-betul gila.
Mungkin kerana aku belum begitu obses untuk beritahu dirinya yang aku suka dia walau apa saja.

Cuma kadangkala...

Kalau aku beritahu kamu yang aku suka kamu sebegitu; mahu juga aku dengar kamu kata yang sama. Bukannya pujian aku hebat kerana aku belajar tinggi atau bijak itu dan ini.

Aku juga sama... bukan?