RSS Feed

Monday 29 November 2010

Kawan. Sahabat...

Kadang-kadang saya confused.

Katanya mahu jadi kawan saya. Tapi....

Saya ini sama saja seperti kamu. Senang terasa. Tapi saya fikir dua tiga kali dulu kalau mahu cakap benda-benda yang keji. Kalau kadang-kadang mulut ini tidak berinsurans, saya terkeluar juga benda-benda yang tak sepatutnya, bersalah benar saya rasa.

Jadi saya tidak telefon kamu buat beberapa lama. Kamu juga tidak pun menghantar mesej kepada saya. Baik Facebook. Saya tidak terasa. Saya rasa kamu sibuk. Saya pula jauh. Kamu pula kata saya tidak seperti dulu. Apakah? Mungkin juga saya yang tersalah baca. Mungkin kamu sekadar manja mengada-ngada, bukannya benar-benar emosi seperti yang saya terbayang di minda.

Kawan. Sahabat...

Kadang-kadang saya marah dengan si kamu yang lain. Bila saya mengecall, tidak menjawab. Bila kamu tertekan, kamu tidak mahu menjawab. Sampaikan saya tidak tahu kamu hidup atau tidak. Tapi saya diajar oleh orang lain, dia suruh saya cuba letakkan diri di tempat kamu itu. Baru saya berhenti meroyan. Baru sekarang saya rasa aman walaupun kamu tidak menjawab telefon. Kamu perlukan masa dan ruang.

Kawan. Sahabat...

Kadang-kadang saya pelik dengan si kamu yang lain lagi. Bila saya mahu ruang dan tempat untuk diri sendiri, kamu tidak beri. Kamu fikir hanya untuk diri kamu sendiri. Kerana kamu rasa, betapa baiknya kalau ada orang yang memberikan semangat dan dorongan di kala kamu bersedih. Hello? Kamu dan saya itu LAIN. Bukan kerana kamu fikir begitu, saya juga fikir begitu. Saya mahu ditinggal sendiri. Kata kawan saya, tapi langsung kamu fikir hanya untuk diri sendiri.

Kawan. Sahabat...

Kamu pernah fikirkah kenapa kamu mahu berkawan dengan saya jika kita nyata berbeza. Kita mungkin suka lagu Korea yang sama, walaupun kamu meroyan bila dia tanggal baju, saya seperti.. ookaaay perlu la kan... (walau di dalam hati sebenarnya mahu juga tanggal baju kalau badan sudah tough); TAPI, kalau hal-hal lain kita tidak sekufu, biarlah kita sekadar menjadi stranger yang bersahabat. Bukan kawan yang stranger.

Kawan. Sahabat...

Saya tahu saya popular. Sejak muncul di kaca televisyen anda bersama kawan-kawan saya yang lain Shin-chan, Nini, Bo dan Masao; kamu mahu jadi kawan saya kerana kamu rasa saya cool. Kamu tahu apa yang saya rasa. Saya rasa saya ini biasa saja. Tapi kamu tidak percaya. Kalau kamu tidak percaya, bagaimana mahu kita berkawan-kawan? See.. meroyan sebegini kan sudah tunjukkan yang saya ini biasa.

Saya juga ada pengalaman yang sama, tapi kalau bukan kerana meroyan, takkanlah saya share. Ada juga manusia-manusia yang kacak dan lawa, atau manusia manusia yang hebat, yang saya sangat mahu menjadi rakan-rakan mereka. Mungkin itu naluri hati, terasa nanti kena juga tempiasnya. Atau mungkin boleh belajar dari mereka. Tapi bila saya cuba kenal, atau terberjaya kenal, saya rasa mereka tidak ada apa pun. Sama saja. Ada yang seperti tunggul. Saya mungkin lebih hebat. Biar saya kenal dengan orang-orang yang benar-benar sekufu. Walau pada asalnya saya ingat mereka biasa, sekarang saya rasa mreka semua lebih kacak dan lawa dari orang-orang lain. Dan mereka lebih hebat juga.

Tidak pernah kamu fikirkah, yang saya ini mungkin hebat buat orang tertentu, tapi saya juga tunggul buat kamu. Kerana saya ini tidak sempurna.

Kawan, sahabat...

Saya juga seperti kamu. Ada beberapa manusia yang termuncul di dalam hidup saya yang saya sangat selesa bersama mereka. Saya berkawan dengan mereka dan ulangkali saya beritahu mereka yang saya mahu bertemu kembali. Saya juga merentas negeri untuk mencari kembali, kalau-kalau spark dahulu dapat dicetus kembali. Tapi kamu-kamu yang ramai ini, diam sahaja. Entah bila datang ke negeri saya pun kamu tidak hubungi. Maka saya ajar diri sendiri. Usah terasa hati, walau dahulu saya dan kamu-kamu ini rapat sekali. Kamu dua bulan yang lepas mungkin sudah jauh berbeza dengan kamu yang sekarang. Maka saya biarkan sahaja kamu. Kalau saya kamu rindu, saya tahu kamu akan hubungi. Jika tidak, saya sudah cukup gembira kerana kamu menghias memori (adus.. ayat yang jiwang buat saya syok sendiri dengan tulisan sendiri <-- ini sangat antiklimaks).

Dan saya tidak risau. Kerana saya ada kawan-kawan saya yang walau saya tidak berjumpa satu tahun atau dua, saya masih lagi dapat jiwa yang sama bila bersama mereka. Bukankah ini lebih bermakna. Dan saya mahu ajar diri sendiri, kalau mereka berubah, tidak apalah. Bukannya semua kekal selamanya melainkan Dia.

XOXO Kazama. <---perlu la XOXO kaan..

1 percanggahan pendapat(s):

Anonymous said...

Life can either be accepted or changed. If it is not accepted, it must be changed. If it cannot be changed, then it must be accepted.

Post a Comment