RSS Feed

Sunday 28 November 2010

Double

Tajuk Double kerana ada double royanan. Double the royanan, double the headache!

***
Saya paling suka meroyan bila orang bertanya fasal kahwin.

Yang saya paling suka ialah kalau dapat membidas atau membuatkan orang yang bertanya sentap. Baru puas hati saya.

Sebagai manusia yang normal, saya mahu kahwin. Saya mahu ada bini dan juga anak. Saya sudah pun ada nama untuk anak perempuan saya jika ada rezeki. Nama untuk anak lelaki belum fikir lagi.

Cumanya, agak menjengkelkan bila orang tidak henti bertanya. Setakat ingin tahu, tidak apalah. Tidak perlulah saya terover lebih-lebih. Yang mahu tahu bukan-bukan, mahu 'tolong' mencari... HELLO, saya bukannya tidak laku. Masalahnya dalam isu kahwin ini, kalau secara luarannya nampak laku, kalau tidak ada rezeki, tidak kahwin juga. Ini bidasan sendiri terhadap ayat yang sebelum.

Pernah orang yang rapat dengan saya suruh kahwin. Saya kata nantilah. Kemudian dia suruh saya cari dahulu untuk berkenal-kenalan. Tadi kata mahu suruh kahwin, ini suruh cari dulu pula. Mana satu? Untuk berkenal-kenalan ramai saja sudah saya kenal, apa masalahnya?

Tapi saya lihat, kawan-kawan saya yang sudah berkahwin pun masih belum abis soalan-soalan sebegini. Bila sudah berkahwin, mula bertanya bila mahu dapat anak. Haiyoh! Hal-hal kelambu pun mahu ambil tahukah? Bila sudah dapat anak pertama, ditanya bila mahu dapat yang kedua. Kalau tidak ada anak pula, banyak lagi soalan ditanya.

Mungkin kerana definisi kegembiraan masyarakat kita sama sahaja. Masuk universiti, kahwin, dapat anak, dapat cucu, anak masuk universiti: itu semua membawa bahagia. Saya tidak nafi. Tapi kalau mahu anggap bila kahwin, saya hidup gembira, tidak apalah. Saya pun tidak kata hidup bujang ini lebih bahagia. Tapi satu yang pasti, asyik bertanya soalan itu tidak buat saya bahagia. Buat saya sengsara. Sampaikan hendak berjumpa orang-orang tertentu pun sudah rasa malas.

*****

Kadangkala saya rasa kasihan pada kawan-kawan perempuan saya yang meminati lelaki tertentu. Lelaki-lelaki itu tidaklah melayan sangat pun. Kadangkala lelaki itu pula sudah berkata yang dia mahu sekadar menjadi kawan biasa.

Tetapi kawan saya itu masih tidak putus asa. Dia masih berharap yang dengan berbuat baik, lelaki itu bakal berubah hati.

Pada pengamatan saya, lelaki ini susah berubah hati. Kalau sudah dia fikir yang dia tidak berminat untuk buat kekasih, memang dia tidak akan. Perempuan ini lebih mudah. Jika lelaki itu layan dengan baik, senang saja dia berubah. Itu pengamatan sayalah. Bukan data saintifik.

Ini juga bukan data saintifik. Tapi, makin konfiden seseorang lelaki (mahupun wanita) pada dirinya sendiri, makin susah untuk orang-orang begini berubah fikiran jika dingorat oleh orang-orang yang tidak disukai.

***

Aaah, tiba-tiba jiwa terasa kacau selepas menulis entri ini. Apekah?

5 percanggahan pendapat(s):

Anonymous said...

entry yg best dibace tp part yg last tu knp plak jd cmtu...dah abes meroyan pn,terase kacau lg ker?hahaha

Anonymous said...

hahahahahahahahhahhahhahhahahaha...

apa nama anak perempuan tu? if u dont mind to share lah heeee
teringat zaman kanak2..siap ada nama anak lagi. mebi sbb bermain ngan anak patung sifat keibuan juga dah terserlah ketika itu =.="

Kazama-kun said...

Mahir, tak bleh share. Nanti kang ada orang curik nama itu, sudah tidak best la.

Anonymous said...

oo ye tak ye juga..kang nnti sama plak nama.

kata nak patah kan hati org susah, tu yang depa xputus asa kot. haihhh.. biar takdir jela tentukan kuikuikui

Rin said...

saya pun sudah reka nama anak perempuan.namanya raudhah. nama anak lelaki zikrillah. kahkahkah! kalo manusia mampu menghasilkan bayi melalui kaedah pertunasan (bertunas di hujung jari sbg contoh) mungkin kedua-dua bayi ini sudah terhasil.terhasil. bukan terlahir. ah, merepek di sini sungguh menghiburkan! hahaha..

Post a Comment