RSS Feed

Friday 26 November 2010

Just The Way You Are

Entah kenapa mahu jiwa kacau bila baca lirik lagu Just The Way You Are.

Mungkin kerana memori luka lama kembali menyengat jiwa.

Tidak, bukan suka lagu itu. Walaupun melodinya boleh la..

Cuma otak rasa penat melayan wanita-wanita sebegini. Mahu aku sebagai lelaki menghargai hari demi hari. Tiap-tiap hari ujar lafaz kamu lawa.

Bagaimana?

Atau mungkin juga kerana belum cukup cinta untuk buat aku betul-betul gila.
Mungkin kerana aku belum begitu obses untuk beritahu dirinya yang aku suka dia walau apa saja.

Cuma kadangkala...

Kalau aku beritahu kamu yang aku suka kamu sebegitu; mahu juga aku dengar kamu kata yang sama. Bukannya pujian aku hebat kerana aku belajar tinggi atau bijak itu dan ini.

Aku juga sama... bukan?

2 percanggahan pendapat(s):

Anonymous said...

ingat terjemahan lagu 'just the way you are' la tadi..haha

Anonymous said...

oh, ni sape yg hntr eh? abg Amri ke atau ranters yg lain?

Post a Comment