RSS Feed

Tuesday 30 November 2010

Mari Meroyan Secara Solo

ini royanan berkonsep membangkang royanan yang tidak berkonsep. hikhik.

konsep yang lebih tepat ialah meroyan secara solo. i selalu meroyan tak fasal2 tapi meroyan dalam keadaan sorang2. contohnya dalam lif, dalam kereta, dalam bilik air, dalam bilik etc2. royanan sebegini seswai dibuat secara musical untuk efek lebih dramatik. i selalu nyanyi dengan penuh perasaan di samping beberapa step tarian seperti tap dancing, joget, zapin atau selalunya hanya terkinja2 tanpa motip, mengikut rentak lagu yang bermain di dalam kepala. selalunya i akan tambah 2-3 baris dialog dramatik untuk tujuan penghayatan. tapi ingat, ianya berupa monolog kerana i hanya berinteraksi dengan diri sendiri mengikut format royanan solo.

segala unsur2 dramatik ini akan berakhir secara otomatik apabila ada orang lain masuk lif/kereta/bilik air/bilik. i secara profesional akan terus menten vogue seperti tiada apa2 yang pernah berlaku. pada waktu ini, kawalan nafas amat penting untuk mengelak orang lain itu mengesan anda tercungap2 akibat meroyan sambil menyanyi dan menari tadi.

cuba lah!

5 percanggahan pendapat(s):

Anonymous said...

oooooooo...
buat contoh boleh? hehehe :p
*kidding!*

Kazama-kun said...

Motip orang masuk bilik air? Ko tak kunci pintukah????

Anonymous said...

rsnye bilik air yg dimaksudkan adalah bilik air berskala besar a.k.a tandas awam yg ada lg bilik2 kecik didalamnya...

Evilly said...

kalau bilik air kecik pun apa salahnya. hikhik

Anonymous said...

"ini royanan berkonsep membangkang royanan yang tidak berkonsep" hikhik....saya sokong!!!hehe;)

Post a Comment