RSS Feed

Saturday 27 November 2010

Yahudi?


"Tak tengok world cup?"
"Tak kuasa nak bangun pepagi untuk tengok. Bangun tahajjud lagi bagus"
 
Saya diam. Dia sambung lagi.
 
"World Cup ni semua konspirasi yahudi. Kenapa la depa buat time pepagi buta. Nak biarkan kita leka sampai tak bangun Subuh la tuh"
 
Saya tatau nak cakap macamana. Rasa macam kerasukan syaiton je masa tu...Saya ni memang cepat sentap. BIla sentap mulalah rasa nak meroyan. Saya hanya mampu jawab ringkas, dengan penuh kepayahan.

"Sebab ada perbezaan masa. Kat sana petang ngan awal malam, nasiblah kita pagi"

Ok. Seriously. Berdesing telinga saya. Macam ni lah. Saya malas nak cakap banyak abang-abang adik-adik sekalian. Kita orang Islam ni ada agama sebagai guideline hidup. Dah besar panjang semua..anak dah berderet...Kalau anak belum berderet..awek/balak dah berderet, kan? Kalau kita masih nak rasa tengok Pokemon boleh murtad, atau pandang salib boleh terpesong akidah, masuk gereja akan mengakibatkan jatuh syahadah, pegang anjing menghina agama, pegang babi confirm neraka...sukahatilah. I have nothing to say. Cuma saya rasakan semangat umat Islam makin lama makin lemah, kita makin keliru, takda jatidiri. Semua salah sendiri kita salahkan sepenuhnya pada Yahudi. Kita in denial sebenarnya. Sekarang ada banyak cara untuk kita cari maklumat. Tolonglah selidik sebelum sebarkan kat orang. Lemah lutut saya bila terbaca Upin dan Ipin dakyah Yahudi. 
 
Faktanya dalam entry blog tu yang mengaitkan Upin dan Ipin dengan Yahudi adalah kerana huruf yang tertera pada baju mereka - U = USA. I = ISRAEL. :(

5 percanggahan pendapat(s):

Anonymous said...

whattt??? *gaya terkejut*

tapi bukan anak melayu punya idea ke upin dan ipin...? ke saya yang salah ..??? errrr

Dee said...

Anon, itulah..kita selalu main forward je email tanpa selidik. Fakta kata Upin & Ipin dakyah yahudi sebab hurup U&I sangatlah menyentapkan. Benda-benda macam ni biasanya saya tak percaya. Tapi lepas baca terus meroyan!

Anonymous said...

siapalah yang mempunyai pemikiran 'kreatif tak tentu pasal' mcm tu.. kesian upin ngan ipin fuuuuuuuu~

Rin said...

keh3x.. byk negara yg boikot israel lantas takmo jual mknn kt depa.lantas diorg cipta kaedah pertanian moden utk mghasilkan mknan sendiri.tanpa tanah.skg byk negara yg follow kaedah tersebut..

Dee said...

Rin, yang nak meroyan ni pasal depa sebar maklumat tanpa soal selidik. Upin and Ipin dakyah Yahudi WTH? Bak kata Anon, "siapalah yang mempunyai pemikiran 'kreatif tak tentu pasal' mcm tu.. kesian upin ngan ipin fuuuuuuuu~"

Post a Comment