RSS Feed

Wednesday 5 January 2011

Ujub

Terbaca dalam shoutbox fasal link Ujub Zaman Moden.

[Mode menjoyah start]
Evilly, Evilly, ko dok minta follower bebanyak tuh, terus orang kata ko ujub okeh!

See, dia siap komen boh butang 'like' lagi. So aku tanak bubuh supaya kita tidak ujub! Hehe

[Mode menjoyah tamat]

Saya suka sahaja artikel ini. Nasihatnya baik. Supaya kita tidak terasa gah dan ujub pada apa yang kita lakukan. Benar, apa sahaja yang kita buat ini, kalau bukan diberi anugerah itu olehNya, maka tiada daya kita ini.

Cuma saya kira banyak sangat perkara-perkara yang membuatkan saya rasa kurang senang dengan artikel tersebut, tambahan lagi bila ditulis dalam laman web ilmiah.

Pada saya penulis itu tidak berpuas hati dengan pelbagai rencam-rencam sosial yang berlaku dek kerana laman-laman sosial ini - Facebook, blog etc.

Cuma saya tertanya pada kewajaran ayat sebegini
[B]4. Komen Gambar di Facebook[/B]
Perkara ni mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila cun atau kacak, ramailah yang komen. Tidak kurang juga yang memuji. Apabila banyak sangat terima pujian, mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu. Maka, perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan.

Saya tertanya-tanya pada diri sendiri. Kalaulah saya ini kacak, adakah saya terasa ujub dek kerana gambar-gambar saya yang sasa di Facebook ituh.. Mungkin juga. Nauzubillah. Semua pemberian ini dariNya.

Tapi kalau saya ini tidak kacak dan tidak cun; ada juga mungkin saya mahu terasa ujub bila membrowse gambar-gambar rakan-rakan saya yang kacak dan ayu. Boleh saja saya mahu fikir yang 'walaupun mereka ini hensem hensem dan ayu, tapi conform saya lebih bagus dari mereka'. Itu juga boleh ujub bukan? Tidak perlu pun perlu kacak untuk terasa ujub.

Mudah saja bagi saya, usahlah memilih dalam siapa yang mungkin boleh terasa ujub. Itu saja. Masalah? Tidak pun, cuma terasa tidak best.

Entah. Ini bukan royanan tidak puas hati. Cuma terasa pelik akan begitu banyak yang like post tersebut.

Dia yang menulis dan saya masih dalam bot yang sama. Tidak saya nafi apa yang dikata, cuma kalau mahu bercerita tentang gambar di Facebook atau komen-komen di post, bukan isu ujub itu yang menyerlah.

Apa kata gambar-gambar yang dapat menimbulkan fitnah. Atau komen-komen yang biadab, keji, menyakiti hati orang lain, menggunakan kata-kata kesat, mengumpat dan fitnah?

Entahlah, mungkin saya terasa hati bila membaca kerana saya risau kalau ada orang-orang menganggap saya ujub pada masa yang saya bukan.

Maka beginilah. Kalau saya ini salah, nasihatilah.

Tapi kalau dalam kala-kala saya ini mungkin seronok kerana ada pembaca-pembaca yang meminati saya (dan tidak meminati Evilly!), dan saya letakkan gambar saya yang comel itu di profile picture blog ini; janganlah pula tuduh saya terasa riak dan ujub.

Ujub ini kan hal hati. Mana kamu tahu kalau saya lihat gambar kacak/tidak kacak saya di Facebook, saya mungkin punya rasa malu pada diri sendiri dan mahu mati?

P.S: Perlu diclarify supaya tidak salah faham. Mahu mati itu ialah metafora ya! Nanti kang kena plak laser sebab macam nak commit suicide.

Thursday 30 December 2010

Meroyan pada skala 5

hye uols! im back from the holidays! rindu sangat nak meroyan untuk uols semua! tapi disebabkan i dalam mood happy holidays tapi masih ada isu2 berbangkit yang memang harus menyebabkan i terpaksa meroyan, i tajukkan royanan i kali pada skala 5 out of 10. ala2 meroyan bukan dalam erti kata royanan yang sebenarnya yang perlukan tuntutan emosi dan konsentrasi yang meyakinkan, occay! first2 i nak meroyan sebab follower blog ni baru ada 11?? i mean, WADEHEK? uols nak suruh kitaorang meroyan bagai nak rak, tapi yang gigih follow pun 11 orang?? sedangkan khairul fahmi che mat yang tak meroyan tu pun boleh ada
115,474 people like this
WADEHEK?? kat blog ni ada function Like tak? kazama-kun, tolong update. no. 2, i nak meroyan fasal kazama-kun. semalam ada post fasal rerakan tu. tiba2 hari ni dah delete. WADEHEK? i dapat baca gitu2 je sebab rushing nak shopping semalam. pagi ni i nak menghayati semula pembacaan itu sambil makan samosa dan kopi panas, post tu dah hilang! i baru berangan nak sentap baca post tu. nak tacing2. tiba2 dah delete. WADEHEK?? no. 3, kenapa la malaysia menang suzuka cup tu?? i dah rancang nak settlekan kerja2 i sampai jumaat ni. tiba2 cuti umum! WADEHEK?? menang cawan je. bukan piala dunia. bukan malaysia menang perang pun. i terpaksa bertungkus-lumus siapkan kerja2 esok hari ni! berapa banyak hari malaysia ni nak cuti? macamana negara nak naik? even 2-3 orang kat opis ni cuti pun dah banyak kerja hanging, ni kan 1 opis cuti! WADEHEK?? tapi takpe. malam ni i boleh keluar shopping lagi. boleh lepak2 sambil gossip2 dengan bffs, kannnnnnnnnnn. semalam tak puas lagi even dah lepak sampai pukul 1. so malam ni i nak lepak sampai pukul 1.30. hikhik

Sunday 19 December 2010

Hati yang berkecai bagaikan kelopak bunga mawar yang bertaburan atas tanah

So here we goes.
Saya perhatikan kita nih kalau nak mempromosi sesuatu, kita lebih suka memburukkan benda lain yang jadi sokongan. Contoh: kalau dalam politik, kita lebih suka untuk hantam pihak lawan cukup-cukup tapi kurang mempromosikan kemampuan diri. Korek segala cerita aib untuk jatuhkan orang.
Kalau jual laksa, tudung kedai hujung kampung yang jual laksa tu bubuh tisu dalam kuah. Kalau jual roti canai, tuduh kedai mamak kat tepi jalan bubuh spender dalam periuk.
Meroyan:ON

Saya terbaca promosi untuk dengan perempuan maghribi. Saya takleh kesah sangat bila jantan2 tanpa mengira bujang atau laki orang kat Malaysia ni ramai berminat kat pompuan Maghribi. Yang buat saya sedikit kecik hati eventhough mungkin ada kebenarannya adalah ini..

Kesimpulan berdasarkan pembacaan saya: Kata mereka perempuan Melayu

1 - Mulut kurang ajar.
Sayang, betulkah ramai pompuan mulut kurang ajar? Mulut I celupar hanya bila orang kurang ajar dengan I. Kebanyakan kes pompuan mulut macam longkang adalah disebabkan oleh lelaki treat kami macam sampah sarap. Oh well, I pernah saksikan wanita lazer berjaya dididik suami menjadi perempuan yang bertutur sopan. See? not an impossible task to help people to improve.


2 - Selekeh dan tak pandai jaga penampilan diri.
Nak tanya satu jer. Korang tu pandai sangat ke jaga penampilan diri? Selekeh macamana lah pompuan Melayu ni? Hehari pegi kandang kambing then pegi deting bau kambing ke? Ekplen plisssssssssssss. Kalau mekap tak tebal 5 inci korang kata tak pandai jaga penampilan, sila ke China dan kawin ngan amoi opera.

3 - Nak berdikari. Takmau berenti kerja jadi surirumah.
This. Sepatutnya korang jadi bangga. Korang tau tak kenapa ramai pompuan nak kerja? SEBAB NAK BANTU MAK AYAH ADIK BERADIK. DAN BANTU SUAMI JUGAK. Kalau tak kerja, solely duit belanja datang dari korang. Macamana nak bantu mak ayah, adik beradik. Macamana nak beli alat mekap? Kalau gaji macam adik beradik family si NAZA tu takpelah kalau korang feeling-feeling nak bini dok terperap kat umah jaga anak. Nih...isk. Kang korang jugak yang cebik kalau mintak duit beli mekap. Pastu komplen selekeh dan tak pandai jaga penampilan diri.

4 - Queen control.
Hahahahahhaahhahahahahahahahahahahha. Ye ke pompuan Melayu queen control? Kenapa korang merelakan diri untuk dicontrol? Cuba lagi yer bang...menjantankan diri. Hakikatnya kan..korang ni senang sangat terintimidated. Takleh pompuan ada buah pikiran sendiri.

5 - Tak pandai masak.
WTF. Seriesly WTF. Camnilah. Apa salahnya belajar masak sama-sama? Kenapalah gigih sangat menjadikan isu masak nih besar sgt? Housemate ai dulu pasangan tunang. Pompuan tu tak pandai masak. So, tetiap hari waktu dinner yang perempuan ditugaskan memasak utk tunang dia. Breakfast and lunch yang lelaki pulak yang masak. See? Itulah jantan sejati. Give and take. Gigih ajor tunang dia masak. Dah selamat kawin pon..

6 - Kuat membebel.
Sayang, kami membebel sebab sayang. Sungguh. Sebab kalau kami tak bebel, tanda kami tak kesah. Pandai-pandailah yer handle bini kalau takmo bini bebel. Sila peka apa isi penting bebelan. Kalau dia bebel tuala tak sidai elok-elok, silalah sidai elok-elok. Kalau dia bebel sebab tak belikan sofa baru, blah je keluar gi kedai mamak tengok bola.

7 - Belanja kawin mahal.
The one and only point that I can agree on. Dah penat meroyan dah pasal nih.

The thing is tuan tuan dan puan puan, kalau nak promosi gadis lombok, maghribi, papua new guinea, zimbabwe, silakan. Tapi pleaselah jangan hina perempuan Melayu.
Macam saya gila kan Jay Park, saya tak pernah compare dia ngan lelaki melayu..hehe.

In the end, yang buat saya hampir menangis bila terbaca:

"pompuan maghribi ni takkan cari pasal dengan kita sebab dia kat sini sensorang, jauh dari family. So dia akan ikut je kita cakap apa."

Seriesly guys, just buy a dog instead. Matlamat korang kawin apa? Pikir baik-baik.

I HATE MALE-DOMINATING SOCIETY!

Saturday 18 December 2010

Alternatif

Ini bukan royanan. Kerana kalau royanan, punya emosi yang sedikit over. Definisi aku. Definisi Dee dan Evilly mungkin lain.

Ini sekadar terfikir di minda.

Istighfar juga bila melihat seorang kawan meletakkan video Youtube berkaitan 'seksualiti merdeka'. Sempat klik dan lihat dan sempat juga melihat komen-komen dari penonton Youtube yang lain. Malang jugalah bila Melayu Islam buat kenyataan berdepan begitu. Aku tidaklah pula mencari-cari blog orang lain dan baca reaksi mereka, cuma aku kira pasti ramai yang akan membara.

Aku terfikir akan hal yang lebih kurang begini beberapa hari yang lalu. Oh, sebenarnya taklah berkaitan sangat. Tiba-tiba teringat fasal Hari Valentine dan juga Halloween yang tidak boleh disambut oleh umat Islam.

Bercakap fasal Hari Valentine, aku terfikir akan sebab kenapa anak muda Islam Malaysia ada yang menyambut. Kerana dari kaca media, ia merupakan hari kasih sayang. Aku tidak begitu arif untuk terangkan kenapa tidak boleh menyambut Hari Valentine, tapi dek kerana ada kaitan dengan kepercayaan agama lain, maka itu sebab menghalang.

Cuma aku terfikir, dalam sebuah negara yang punya ramai umat Islam, kenapa kita tidak bina satu hari alternatif untuk 'hari kasih sayang'. Dan kalau kita mahu bina konsep yang Islamik, kita boleh saja definisikan lagi sebagai hari appresiasi antara suami dan isteri, hari untuk kita alu-alukan orang bertunang dan sebagainya. Kita punya hari ibu yang memang disambut agak meriah juga. Buat sahaja 20 Februari sebagai hari kasih sayang dan jaja di seluruh negara.

Teringat Dr Fadzilah Kamsah dalam motivasi paginya entah berapa lama dahulu. Dia tidak bercakap tentang hal ini. Dia bercakap dalam mendidik kanak-kanak, jangan sekadar berkata 'jangan' terhadap sesuatu; perlu juga beri mereka alternatif. Jangan main pisau! Maka hendak suruh mereka buat apa? Jangan main game; maka hendak suruh mereka buat apa?

Aku tegaskan di sini yang aku tidak menyokong 'seksualiti merdeka'. Sekadar mahu bertanya pada diri sendiri dan kamu, 'jangan jadi gay!' maka hendak suruh mereka buat apa? Aku punya jawapan aku sendiri. Kamu punya jawapan kamu sendiri. Tapi adakah atas dasar itu yang kita hidup dalam masyarakat kita.

Beralih kepada benda yang lain sedikit. Hubungan lelaki dan wanita. Kalau bersenggama sebelum nikah; tetap juga haram. Tapi dengar-dengar dari media, seperti makin menjadi-jadi.

Maka jangan buat seks sebelum kahwin! Apa alternatifnya?

Ya, jawapan kita sama - kahwin.

Tapi beritahu sedikit betapa susah mahu kahwin di Malaysia. Usah cakap orang-orang yang belum ada sesiapa. Tapi mereka-mereka yang sudah gatal mahu kahwin. Suruh tunggu dahulu sampai duit ada supaya kahwin boleh gah. Suruh habiskan dahulu pelajaran di universiti. Suruh ini dan itu supaya jiran-jiran sekampung tidak kata - anak si dia gatal hendak kahwin muda. Aku juga bersalah dalam ayat ketiga perenggan ini kerana guna istilah 'mereka-mereka yang sudah gatal'. Orang mahu mendirikan rumah tangga, kenapa perlu beri konotasi negatif?

Dalam hal-hal sebegini pun masyarakat kita memberatkan lagi. Jangan! Itu yang selalu dikata.


Maka kembali pada 'seksualiti merdeka', dan aku ulang yang aku tidak menyokong tindakan mereka. Cuma kalaulah blog yang kerdil ini ada yang membaca; dalam ketidakpuashatian kita pada mereka, kalau benar kita tidak setuju, mahu atau tidak kita bimbing mereka ke jalan yang benar? Kerana kalau dikata jangan, dalam mereka tidak punya tempat lain untuk dituju; itulah sebabnya tercampak mahu 'seksualiti merdeka'.

Isu aku hari ini bukan seksualiti merdeka. Tapi tidak puas hati pada masyarakat kita.

Yang halal disusahkan. Yang mahu kahwin, diberatkan. Yang tidak mahu kahwin lagi, didesak-desak sampai rasa sakit jiwa. Kalau diri itu sudah rasa bahagia; tu; pergi bantu orang-orang lain yang memerlukan. Dok menyibuk hal-hal orang lain yang tak perlu bantuan; tu yang kerja lain tak jadi tu!

(Perenggan terakhir ialah royanan, harap maklum)

Oh, ini menambah selepas dah post. Tetiba teringat contoh lain dalam konsep masyarakat kita yang menyusahkan. Misal pertama ialah penceraian. Dah kadangkala ada kes-kes suami itu tidak bertanggungjawab, yang kalau ikut sepatutnya boleh minta fasakh pun; masih lagi masyarakat kita suruh hold on. Katanya untuk anak-anak. Haish!

Lagi satu poligami. Tak kisah nih suami ada skandal. Janji tak poligami.

Hm... ada ke sesapa nak buat reformasi pemikiran secara nasional fasal bebenda nih?

Sila meroyan di bawah kalau tidak bersetuju. Sangat dialu-alukan.

Tuesday 14 December 2010

In my heels

uols ni kan, selalu desak i meroyan! tapi tade la nak ikut syarat i tu nak 20 comments. uols nak i ikut cakap uols je kan? uols tak pikir ke hati dan perasaan i? uols tak pikir ke i bersusahpayah buka blog ni tiap2 hari untuk cek comments tu dah sampai 20 ke belum? uols tak pernah rasa ke macam mana perasaan tak dicomment di FB atau post di blog? cuba uols letakkan kaki uols ke dalam heels i. vincci occay. kaler hijau lumut. cuba. rasakan kulit tulen itu melekap mengikut bentuk kaki uols dengan saiz yang sepadan. heels kasut tu menaikkan darjah punggung uols dan memberikan posture perempuan sejati. jalan dengan langkah yang yakin. catwalk jika uols rasa uols layak jadi model. i biasa je. dah biasa sangat. uols jalan dengan heels tu, dengan gaya, dengan sexy. tapi tade orang tengok uols pun. bayangkan. macam tu la yang i rasa occay! tapi i sabar sangat. i terus melangkah ke depan. i akan terus dan tetap meroyan. i tahu sangat. walau pun i rasa macam tade orang tengok, ada yang stalk i kan. curi2 tengok i kan. i reda je la. tapi i akan meningkatkan kualiti royanan i. uols jangan risau. so untuk post ni, i kasi ilmiah sikit.

uols boleh rujuk kat link ni.

Lagi status Facebook

Yang komer duk suke page 'Please close down page *************' buat aper? Ater komer suker page macam tu, keluar dekat Newsfeed, teman duk melabun dalam hati teman nih ayat ********* tu.

Acekeme klik ajer report page. Senang ceghite.

Sunday 12 December 2010

RIMAS

I just dont get it. Kenapa ada lelaki yang suka sangat cerita hal dalam kain pada orang yang dia tak kenal pon? Bukan betul-betul dalam kain yer. Maksud saya hal-hal personal. I can accept kalau cerita pada kawan rapat. Saya boleh terima juga kalau just nak pandangan terhadap sesuatu isu - maka menyoal untuk lebih memahami wanita. Contoh soalan saya suka adalah berkisar PMS atau menopos atau senggugut atau pandangan wanita terhadap lelaki.
Tapi kalau setiap detik dan saat nak report apa yang berlaku antara si teruna dengan si awek , saya jadik mcm sentap. Bila masa saya iklankan saya lancarkan perkhidmatan kaunseling cinta secara percuma? Ok, fine. Mebi saya silap sebab mula-mula bila dia tanya saya bagi pandangan. Suppose buat bodoh dari awal-awal. Skang ni padan muka sendiri bila orang asik sms/ym tanya apa nak kena buat. Halooooooooooooooo, geram betul ngan jantan-jantan yang pandai menggatal je tapi tak pandai nak solve issue dengan bijak.

WE ARE NOT EVEN CLOSE. Nasihat secara surface dah makan diri saya sendiri. Nanti dah kawin habis jaja cerita dalam kelambu kat orang. Honestly, lelaki mcm nih la yang menyeramkan. I am sick of lelaki yang baru baik ngan pompuan pastu mula cakap dia kurang kasih sayang segala. Konon bini busy, tak mempedulikan dirinya dan menyebabkan dia kekurangan kasih sayang. Girlfriend tak memahami menyebabkan dia tertekan dan tak boleh study.

I have a friend. Lelaki tulen. Banyak dugaan dalam bercinta. Tapi tak pernah sekali pon dia mengadu atau komplen teruk. TAK PERNAH. Dia telan sendiri. Walau saya tunggu juga dia hamburkan semua. Saya bukanla kepochi sangat (hehe), tapi saya nak dia luah semata-mata nak dia rasa lega..hehe. Tapi tak pernah sekali pun. Dia diam jer. Saya boleh je fikir negatif: dia tak percayakan saya untuk berkongsi cerita2 private camnih...walau dah kawan hampir 10 tahun. Hakikatnya dia ni jenis tak suka kepochi tarik perhatian dan tak suka mengompat orang.

Saya lebih suka orang yang meroyan dan mengadu berkala dari SETIAP JAM KOMPLEN PASAL AWEK - KONON AWEK TAK MEMAHAMI.

LAIN KALI SEBELUM KAPEL, PIKIR DULU MASAK-MASAK. HANG YANG BAGI HARAPAN KAT POMPUAN TU SKANG NAK DITCH DIA SEBAB HANG RIMAS DAN HANG RASA DIA TAK MEMAHAMI?
HANG KATA AKU MEMAHAMI??? TAK!!!! AKU PEPURA JA BAIIIIII... AKU PON NAK DITCH HANG SEBAB AKU RIMAS DAN AKU DAH TAK PAHAMMMMMMMMMMMMMMM.

I dont give a damn lah sebenarnya. Mampuslah nak kapel ngan batang pokok sekalipon. Just go away from my life. And dont ever come back.