RSS Feed

Saturday, 18 December 2010

Alternatif

Ini bukan royanan. Kerana kalau royanan, punya emosi yang sedikit over. Definisi aku. Definisi Dee dan Evilly mungkin lain.

Ini sekadar terfikir di minda.

Istighfar juga bila melihat seorang kawan meletakkan video Youtube berkaitan 'seksualiti merdeka'. Sempat klik dan lihat dan sempat juga melihat komen-komen dari penonton Youtube yang lain. Malang jugalah bila Melayu Islam buat kenyataan berdepan begitu. Aku tidaklah pula mencari-cari blog orang lain dan baca reaksi mereka, cuma aku kira pasti ramai yang akan membara.

Aku terfikir akan hal yang lebih kurang begini beberapa hari yang lalu. Oh, sebenarnya taklah berkaitan sangat. Tiba-tiba teringat fasal Hari Valentine dan juga Halloween yang tidak boleh disambut oleh umat Islam.

Bercakap fasal Hari Valentine, aku terfikir akan sebab kenapa anak muda Islam Malaysia ada yang menyambut. Kerana dari kaca media, ia merupakan hari kasih sayang. Aku tidak begitu arif untuk terangkan kenapa tidak boleh menyambut Hari Valentine, tapi dek kerana ada kaitan dengan kepercayaan agama lain, maka itu sebab menghalang.

Cuma aku terfikir, dalam sebuah negara yang punya ramai umat Islam, kenapa kita tidak bina satu hari alternatif untuk 'hari kasih sayang'. Dan kalau kita mahu bina konsep yang Islamik, kita boleh saja definisikan lagi sebagai hari appresiasi antara suami dan isteri, hari untuk kita alu-alukan orang bertunang dan sebagainya. Kita punya hari ibu yang memang disambut agak meriah juga. Buat sahaja 20 Februari sebagai hari kasih sayang dan jaja di seluruh negara.

Teringat Dr Fadzilah Kamsah dalam motivasi paginya entah berapa lama dahulu. Dia tidak bercakap tentang hal ini. Dia bercakap dalam mendidik kanak-kanak, jangan sekadar berkata 'jangan' terhadap sesuatu; perlu juga beri mereka alternatif. Jangan main pisau! Maka hendak suruh mereka buat apa? Jangan main game; maka hendak suruh mereka buat apa?

Aku tegaskan di sini yang aku tidak menyokong 'seksualiti merdeka'. Sekadar mahu bertanya pada diri sendiri dan kamu, 'jangan jadi gay!' maka hendak suruh mereka buat apa? Aku punya jawapan aku sendiri. Kamu punya jawapan kamu sendiri. Tapi adakah atas dasar itu yang kita hidup dalam masyarakat kita.

Beralih kepada benda yang lain sedikit. Hubungan lelaki dan wanita. Kalau bersenggama sebelum nikah; tetap juga haram. Tapi dengar-dengar dari media, seperti makin menjadi-jadi.

Maka jangan buat seks sebelum kahwin! Apa alternatifnya?

Ya, jawapan kita sama - kahwin.

Tapi beritahu sedikit betapa susah mahu kahwin di Malaysia. Usah cakap orang-orang yang belum ada sesiapa. Tapi mereka-mereka yang sudah gatal mahu kahwin. Suruh tunggu dahulu sampai duit ada supaya kahwin boleh gah. Suruh habiskan dahulu pelajaran di universiti. Suruh ini dan itu supaya jiran-jiran sekampung tidak kata - anak si dia gatal hendak kahwin muda. Aku juga bersalah dalam ayat ketiga perenggan ini kerana guna istilah 'mereka-mereka yang sudah gatal'. Orang mahu mendirikan rumah tangga, kenapa perlu beri konotasi negatif?

Dalam hal-hal sebegini pun masyarakat kita memberatkan lagi. Jangan! Itu yang selalu dikata.


Maka kembali pada 'seksualiti merdeka', dan aku ulang yang aku tidak menyokong tindakan mereka. Cuma kalaulah blog yang kerdil ini ada yang membaca; dalam ketidakpuashatian kita pada mereka, kalau benar kita tidak setuju, mahu atau tidak kita bimbing mereka ke jalan yang benar? Kerana kalau dikata jangan, dalam mereka tidak punya tempat lain untuk dituju; itulah sebabnya tercampak mahu 'seksualiti merdeka'.

Isu aku hari ini bukan seksualiti merdeka. Tapi tidak puas hati pada masyarakat kita.

Yang halal disusahkan. Yang mahu kahwin, diberatkan. Yang tidak mahu kahwin lagi, didesak-desak sampai rasa sakit jiwa. Kalau diri itu sudah rasa bahagia; tu; pergi bantu orang-orang lain yang memerlukan. Dok menyibuk hal-hal orang lain yang tak perlu bantuan; tu yang kerja lain tak jadi tu!

(Perenggan terakhir ialah royanan, harap maklum)

Oh, ini menambah selepas dah post. Tetiba teringat contoh lain dalam konsep masyarakat kita yang menyusahkan. Misal pertama ialah penceraian. Dah kadangkala ada kes-kes suami itu tidak bertanggungjawab, yang kalau ikut sepatutnya boleh minta fasakh pun; masih lagi masyarakat kita suruh hold on. Katanya untuk anak-anak. Haish!

Lagi satu poligami. Tak kisah nih suami ada skandal. Janji tak poligami.

Hm... ada ke sesapa nak buat reformasi pemikiran secara nasional fasal bebenda nih?

Sila meroyan di bawah kalau tidak bersetuju. Sangat dialu-alukan.

7 percanggahan pendapat(s):

Dee said...

OMG Mana butang like? Nak like patpuluh 5 juta kali!!!
Word Kazama. WORD.
Every single word ai setuju!

Mahiryusof said...

jgn la bc blog..oppppssss silap... memang ada blog yang buat cerita pasal 'saya gay, saya ok'..dan sgt surprise la pengkomen2 semua berdebat.

kalu nak bc sila..tapi haruslah bersedia sbb ramai org ramai ragam ramai pemikiran. kadang2 xsangkaaaaaaaaa (cara over bercerita)blogging ni satu kaedah yang ada baik dan buruk. pro and cons gituh

*jgn salah paham, ni adalah sekadar pendapat biasa, marilah bersama2 berpikir*

Evilly said...

OCCAY! I DAH TINGGALKAN COMMENT KAT POST NI.

sar said...

Agaknya reformasi untuk merawat penyakit masyarakat sudah tidak boleh dilaung hebat-hebat seperti era 70-an. Tapi perlu diserap masuk secara halus dalam nadi bangsa. Asas asuhan perlu dirombak. Bermula dari rumah, sekolah hingga ke pemegang kuasa minda terhebat kini:- media.

Pilihan dan alternatif sememangnya wujud dalam isu itu sendiri, cuma konteks penekanan dalam membuat pilihan, menutup ruang memilih itu sendiri. Sikap konfrontasi masyarakat dalam menghadapi setiap isu adalah dengan mentaliti negatif. Maka keluarlah terma 'Jangan, Tidak Boleh, No, Can not, etc'. Tanpa disedari ianya sebenar bermula dari usia awal. Kita dibiasakan dengan 'tidak', dan 'jangan' tanpa pilihan jelas dari umur mentah. Maka makin lewatnya usia, makin kaburnya nilai pilihan itu sendiri.

Definisi sosial tentang pilihan pula, berat ke arah penilaian 'betul-salah'. Jika enteng di mata sosial, maka salahlah pilihan anda.Stigma 'betul-salah' ini tidak tertakluk pada mata masyarakat yang mungkin ada ruang untuk penilaian kurang adil. Maka seperti generasi Seksualiti Merdeka ini, mereka mahu meletakkan definisi baru untuk penerimaan diri kerana sudah penat dilabel salah, tanpa sebarang justifikasi logika untuk pemahaman mereka. Di mana kesilapannya disini? Berbalik pada pilihan sebelum mereka memilih arah seksualiti pada awalnya. Antara menerima diri 'seadanya' atau berbalik ke pangkal jalan? Lebih mudah untuk menerima diri 'seadanya'. Usaha dan kekuatan untuk pulang ke pangkal jalan mungkin tidak dapat mengatasi motivasi untuk menerima diri seadanya. Kerana apa? Pilihan untuk pulang ke pangkal jalan dilihat sebagai tidak berbaloi, kerana walaupun sudah berjaya kembali nanti, pandangan masyarakat terhadap diri masih kekal negatif. Lebih baik diterima oleh golongan seangkatan. Proses untuk kembali juga mungkin tidak dapat diterima logik akal dangkal manusia. Dan... pelbagai kemungkinan lagi.

Konsep 'Betul-salah' boleh diaplikasikan lagi, dan sememangnya perlu dinaik taraf dengan penerangan mengapa betul dan mengapa salah hingga capai ke titik persoalan.

Kesimpulannya, asuhan! Proses asuhan masyarakat perlu diubah. Terapan nilai perlu butang pengaktifan maksimum. Kalau nilai baik itu hanya dengan kayu ukur akademia dan kuasa, malanglah kita, dan akan jadi sumpahan jutaan keturunan!

Evilly said...

O.M.G. uols ni. comments pun kena meroyan secara ilmiah kah??? gigih sangat. hikhik

Kazama-kun said...

Standing O untuk sar.

Nak calonkan sebagai kategori royanan terbaik (bagi komen dari pembaca)

Keke

sar said...

Evilly, I knew you will respond to that! I saja nak tarik perhatian you! Ni 2nd draft I taw! Terdelete pulak yang berapi-api first tu. Benci I! I meroyan kejap tengok orang menari, pastu baru I tulis lain. Gigih kan? Nak cari perhatian jugak la katakan.

Eh Kazama, tak boleh ke I menang terus? cuba you go compare sikit?

(Why do I have a feeling that I will be nominated as the most annoying commenter too? heee XD)

Post a Comment