RSS Feed

Wednesday 8 December 2010

Pendapat atau hinaan

Kalau korang kata suara dia tak berapa sedap, FINE.
Saya boleh terima. Itu pendapat.

Kalau korang kata dia biasa-biasa jer, takleh mendarahkan hidung korang, FINE.
Saya boleh terima. Itu pendapat.

Kalau korang kata dia tak pandai menari mahupun berlakon, FINE.
Saya boleh terima. Itu pendapat.

Pendapat takde salah atau betul. Pendapat adalah pendapat berdasarkan pengamatan dan bukti-bukti.

Tapi kalau korang kata Jay Park adalah Gay Park. NOT FINE.
Kalau korang kata dia adalah pondan mekap kerja kat salon rambut, NOT FINE.
Apa pengamatan dan bukti yang korang ada untuk kata dia sampai mcm tu?

Bagi saya ini hinaan. Bukan pendapat dari orang panjang akal. Apa kayu ukur untuk kata dia pondan? Sebab dia pakai subang? Sebab kulit dia cantik? Sebab dia ada 6 pax dan korang takde?

Ini sama konsep macam bila jumpa sorang budak pompuan dalam bagasi lepas kena rogol dan bunuh. Terus ada orang cakap 'ni mesti bohsia'. Bohsia wajib mati kena rogol and bunuh ke?
Motip mulut lancang sekor-sekor gigih nak bercakap tapi tatau bijik butir nak cakap?

Macam tu jugak bila isu South Korea kena serang dengan North Korea. Ada mulut tahap longkang yang kata "South Korea hanya ada pondan-pondan untuk mempertahankan negara, angkat senjata pon tak larat". Kalau setakat tengok drama dan video klip korea utk buat kesimpulan tu, kem salam je lah cik abang oi. Im not impressed at all.

Bagi saya, ini pandangan tapi yang juga berunsur hinaan tanpa bukti yang kukuh. Tanpa kajian kes. Mind you, lelaki-lelaki Korea depa wajib pegi military service, bukan mcm PLKN kita okes. Yang korang kata pondan tu lah yang pandai mengendalikan senjata. Bukan mcm korang yang tukang mengata just duduk depan PC main game sepanjang hari. Oppps, see? dah mengeluarkan tuduhan tanpa bukti. Berjangkit ngan korang lah ni.

Kesimpulan, tolong jangan menghina. Saya tak suka justin Bieber tapi saya tak pernah kata dia gay, atau pondan mekap atau sotong kurita.

5 percanggahan pendapat(s):

sar said...

Oh! I likkeeee!

Dee said...

sar, u like jay park ke justin bieber..kekeke

sar said...

Oh. Ayat tak penuh,I like what you write! Ala Dee.. sudah terang lagi bersuluh. I orang Asia, suka Asia punya. Lagipun, Bieber takde(*mungkin takleh tunjuk, bawah umur)6pax. uuu...

Dee said...

hahahahahahahah :) Thanks sar <3

Anonymous said...

sy sker post nie

Post a Comment