RSS Feed

Wednesday 8 December 2010

Hormat

Kalau kita mahu dihormat, mahu nama bangsa kita tidak dipermainkan, jaga-jaga juga bahasa.

Bila kita berada di tempat yang bangsa kita majoriti, memang kita terasa biasa. Aku sudah pernah berada di tempat yang akulah minoriti. Kadangkala terguris juga bila ada kata-kata yang sedikit pedas. Kadang-kadang mereka itu berjenaka, tetapi dalam ruang aku ini dari budaya yang berbeza, aku mudah juga terasa.

Cuma mujur mata ini tidak bisa melihat diri sendiri ketika berjalan (kecuali kalau ada cermin di shopping complex), maka dalam ribuan orang yang aku lalu, terlupa pula yang aku ini tidak sama dengan mereka.

Tentu mahu saja aku duduk-duduk bersama. Tetapi kadang-kadang aku membisu. Walau bercakap bahasa yang sama, namun 'bahasa' itu tidak sama.

Aku mahu juga diberi peluang yang sama, tetapi dalam kesedaran yang aku dari budaya yang berbeza.

Itu aku, bila aku dicampak rela ke tempat di mana aku kaum minoriti.

Mungkin aku tidak mampu merubah dunia, tetapi harap hormat itu milik semua. Dalam aku berkata-kata, harapnya jenakaku tidak buat orang lain terguris.

0 percanggahan pendapat(s):

Post a Comment