RSS Feed

Monday 6 December 2010

Lahar

Share.

Maybe itu penyelesaian sesetengah masalah. Kadangkala terasa aku ini (kalau bukan kamu juga) seperti gunung berapi, kalau dikumpul dan dikumpul laharnya, jika sekali meletup, senang saja hendak sakiti orang di sekeliling.

Tapi pada masa yang sama, amarah itu umpama bara. Kalau dicerita-cerita berulang kali, umpama ditiup-tiup lagi api kemarahan. Mungkin biar saja reda sendiri. Atau siram dengan ayat-ayat suci.

Aku memberikan pendidikan tidak formal kepada sahabat supaya mereka tahu jika aku dilihat tidak bisai, biar saja. Satu soalan yang buat aku tambah meroyan jika ditanya, 'have I done something wrong?', umpama dunia ini semuanya berkaitan dengan si penanya. Umpama kalau aku gembira, kerana dia did something right dan aku tidak gembira kerana dia did something wrong. Apakah?

Ada hari-hari yang menekan jiwa. Hari hari yang aku mahu saja tidur-tidur tidak lena di atas katil sambil memeluk bantal. Dan biar sajalah aku begitu. Lama sedikit baiklah hati ini...

0 percanggahan pendapat(s):

Post a Comment